March 10th, 2015

Yeah~~~ Berita baik untuk para jejaka di luar sana. Emma Maembong yang kini single selepas putus cinta dengan Zizan Razak mengakui yang dirinya tidak serik untuk bercinta sekali lagi. Maksudnya ada peluang untuk anda di luar sana mencuri hati si comel ini. Selama hidup 32 tahun, Abang Nara memahami yang hati wanita amat ‘fragile’ selepas putus cinta. Siapa yang ‘caring’, sentiasa berada di sisi dan ambil berat pada ketika ini, pasti berpeluang tinggi untuk buat Emma Maembong jatuh cinta.

emma maembong

Menariknya, Emma Maembong juga turut memaklumkan yang dirinya tidak pernah membenci Zizan Razak. Kalau memang sudah tertulis jodoh dengan Zizan, Emma rela menerimanya. Kata Emma:-

Hidup saya macam biasa. Sibuk dengan penggambaran. Apa yang telah jadi semua ini tidak menghalang saya untuk tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya. Saya pun tidaklah kata yang saya serik bercinta lagi.

Saya mengaku (putus cinta) sebab saya mahu jujur. Kalau betul kami tidak lagi sebagai pasangan kekasih saya rasa baik berterus terang saja. Cuma, sebab mengapa kami berpisah itu saya tidak akan kongsikan pada semua. Cukuplah sekadar memberitahu yang kami sudah tiada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Tiada siapa yang mahukan semua ini jadi (berpisah) tetapi kami masih berhubung dan berkawan. Masing-masing sekarang sibuk dengan penggambaran. Saya tidak pernah kata yang saya benci dia. Kalau mungkin kami ada jodoh pada masa akan datang atau tiada, saya terima.

Ini baru pertama kali saya beritahu perkara yang sebenar (putus). Terpulanglah apa orang nak kata. Sebagai artis, ini antara yang kami harus lalui di mana setiap gerak geri dan hidup kita jadi perhatian. Orang akan sentiasa bercakap tentang kita sama ada baik atau buruk kita.

Selama ini ada yang kata saya hanya ada dengan Zizan sewaktu dia tengah ada berduit saja. Padahal selama ini jatuh bangun dia, saya sentiasa ada di sisinya memberi sokongan.

emma maembong

Kasihan juga sebenarnya apabila cinta yang dibina sebegitu lama musnah begitu sahaja. Nak buat macam mana. Bukan semua percintaan berakhir dengan kegembiraan. Semoga episod duka ini memberi pengajaran kepada Emma Maembong dan Zizan Razak. Pada pendapat Abang Nara, tak perlulah bercinta lama-lama sangat. Kalau rasa dah mampu dan bersedia, terus je kahwin. Barulah nampak keseriusan. Tak gitu? Sumber MalaysianDigest.

baby button

P.S: Cantik, cute dan bergayanya baju jahitan MyBabyButton untuk si comel ini. Lagi best bila harga berpatutan, tailormade dan banyak pilihan. Memang makin comellah anak kita nanti. Apa tunggu lagi? Hari Raya pun dah dekat. Silalah tempah baju anak-anak di Facebook MyBabyButton dan juga Instagram MyBabyButton.


Comments are closed.

Loading...