March 18th, 2015

Setelah desas-desus dirinya membawa Emma Maembong bertemu keluarga bertebaran, Kamal Adli kini tampil untuk menafikan dakwaan tersebut. Malah Kamal Adli juga melahirkan rasa kebosanannya kerana seringkali digosipkan bercinta dengan Emma Maembong. Mereka berdua hanya kawan, tiada hubungan yang lebih istimewa daripada itu. Jadi ini bermakna kedua-duanya masih single dan available. Yeah!!!

kamal adli

Walaupun begitu, Kamal Adli tidak memarahi pihak yang menyebarkan desas-desus ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa. Untuk seorang selebriti, biasalah gosip-gosip sebegini. Abang Nara respek kematangan Kamal Adli menanganinya. Kata Kamal:-

Cukup-cukuplah kata saya dengan Emma bercinta. Bosanlah gosip seperti itu. Kami kawan tetapi tidaklah rapat. Lagipun, Emma ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Saya sebagai kawan perlu faham dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lagi.

Memang kami kawan baik tapi tidak ada sampai bawa jumpa keluarga. Saya pun tidak mahu marah pihak yang menyebarkan cerita itu. Sudah biasa.

kamal adli

Hanya ada satu jalan penyelesaian untuk mematikan desas-desus hubungan Kamal Adli dengan Emma Maembong. Kedua-duanya harus segera mencari cinta baru dan membuat pengumuman kepada orang ramai. Confirm lepas itu tak ada orang bikini gosip sebegini lagi. Hehehe. Hanya itu saja cara yang Abang Nara terfikir. Sumber Utusan Malaysia.

P.S: Pendedahan sepenuhnya Mazda 3 CKD


Comments are closed.

Loading...