“Saya Rasa Menyesal dan Mengakui Kesilapan Saya….” – Mira

Hiburan

“Saya Rasa Menyesal dan Mengakui Kesilapan Saya….” – Mira

Umum diketahui kisah pergolakan rumahtangga di antara TikToker View Chin dan Shermine baru-baru ini. Namun terdapat pelbagai spekulasi yang timbul mengenai punca runtuhnya rumahtangga pasangan yang mempunyai 3 orang cahaya mata.

Wujudnya pihak ketiga
Seorang individu yang bernama Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira dalam dunia internet telah dikaitkan dengan krisis rumahtangga Shermine dan View Chin. Beliau menerima kritikan yang hebat sehingga menghilangkan diri seketika setelah dilabel sebagai perempuan murah kerana didakwa sudah meniduri bos sendiri.

Advertisement

influencer dan mira dah kahwin
1 year ago

Didakwa Sering Berzina, Rupanya 'Influencer' Popular Dah Kahwin Dengan Penyondol?

View Chin seolah menegakkan benang yang basah?
Setelah dilempar dengan pelbagai spekulasi mengenai rumahtangga mereka, View Chin dan juga Shermine telah membuat kenyataan melalui sosial media. Namun demikian, kenyataan View Chin seolah-olah ingin mempertahankan Mira dan juga mempersalahkan Shermine. View Chin juga telah menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Mira dan sedang mendekatkan diri dengan Islam.

1 year ago

"Saya Sedang Dekatkan Diri Dengan Agama Islam.." - View Chin Akui Bakal Nikahi Mira

Isu skandal melarat sehingga ahli keluarga Mira jatuh sakit?


Individu ketiga yang terlibat dalam skandal rumahtangga pasangan ini, Mira, juga telah membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan dan menyembunyikan diri. Bukan itu sahaja, menurut sebuah laporan Kosmo,View Chin memaklumkan ada ahli keluarga Mira yang turut jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut.

1 year ago

'Skandal' View Chin Sembunyikan Diri, Tak Nak Balik Raya Sebab Malu & Trauma Kena Kecam

Kediaman View Chin dikosongkan tetapi beliau mendapat hak penjagaan anak-anak?

rumah viewchin
Melalui sebuah hantaran yang dimuat naik oleh View Chin di laman instagram, beliau telah memaparkan sebuah dokumen yang membuktikan hak penjagaan ketiga-tiga anak perempuan mereka. Pada waktu terbitan artikel ini, kira-kira 8 hari telah berlalu dan View Chin masih lagi tidak dapat bertemu dengan anak perempuan beliau. Shermine berkeras dengan keputusan beliau untuk tidak melepaskan anak mereka kerana khuatir akan kebajikan tiga cahaya mata beliau andai kata View Chin mengahwini Mira.

BACA : View Chin Dapat Hak Penjagaan 3 Anak, Shermine Enggan Lepaskan – “Macam Mana Perempuan Tu Nak Jaga Mereka?”

Bukan itu sahaja, sebuah hantaran yang dimuat naik di laman sosial View Chin pada 18 April 2023 juga mempaparkan situasi kediamannya yang didakwa dikosongkan oleh Shermine.

BACA : “Rumah Dah Kosong, Seller Minta Pulangkan Duit” – Bisnes ‘Hancur’ & Terus Menerus Dikacau, View Chin Minta Bagi Masa

Mira tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada Shermine (Ah Moi)


Hampir 2 minggu setelah konflik rumahtangga View Chin dan Shermaine, Kosmo melaporkan bahawa Mira telah tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada Shermine dan anak-anaknya.

Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku. Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.

Mira juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penceraian Shermine dan View Chin, tetapi bersedia untuk menerima segala kecaman yang telah/bakal dilemparkan kepada beliau. Tambah beliau juga, Mira tidak pernah menjadi pihak ketiga apabila View dan Shermine masih lagi sah bergelar suami-isteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...