“Saya Sedang Dekatkan Diri Dengan Agama Islam..” – View Chin Akui Bakal Nikahi Mira

Trending

“Saya Sedang Dekatkan Diri Dengan Agama Islam..” – View Chin Akui Bakal Nikahi Mira

Pempengaruh media sosial, View Chin mengakui dia telah bersedia untuk memeluk agama Islam dan bakal mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah.

Keputusan itu dibuat susulan isterinya, Shermine Hau-Ah moi mendedahkan perbuatan curang suaminya di media sosial.

Advertisement

Menerusi temu bual bersama Kosmo, View Chin berkata dia kini dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam dan merancang untuk menikahi Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira.

Buat masa ni saya nak uruskan masalah saya dengan bekas isteri dan bila perkara ni dah setel dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.

Dalam pada itu, TikToker terkenal itu mengakui perbuatan curangnya bersama pekerja itu merupakan satu kesalahan dan akan cuba untuk memperbetulkan semua perkara.

Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam.

Bukan itu sahaja, View Chin turut mengakui tentang dakwaan dia bercuti berdua bersama Mira di Bali, Indonesia adalah benar.

Masa tu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu.

Malah, influencer itu memaklumkan bahawa dia sudah lama berniat untuk memperisterikan Mira apatah lagi selepas menge­tahui tentang kecurangan bekas isteri sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

view chin tak curang
11 months ago

"Saya Tak Curang, Dia Yang Curang Sebab Itu Saya Pukul" - View Chin Nafi Tuduhan Dibuat Isteri, Akui Mira Tak Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...