“Rumah Dah Kosong, Seller Minta Pulangkan Duit” – Bisnes ‘Hancur’ & Terus Menerus Dikacau, View Chin Minta Bagi Masa

Kehidupan

“Rumah Dah Kosong, Seller Minta Pulangkan Duit” – Bisnes ‘Hancur’ & Terus Menerus Dikacau, View Chin Minta Bagi Masa

Seperti diketahui umum, beberapa hari lalu kes mengenai influencer yang juga merupakan seorang usahawan, View Chin berlaku curang dengan staf sendiri bernama Mira kecoh di media sosial.

Pendedahan curang itu dibongkarkan sendiri oleh isteri View Chin iaitu Shermine Ah Moi, dimana dia membuat hantaran di Facebook sambil menunjuk bukti-bukti perbuatan ‘jijik’ kedua individu tersebut.

Advertisement

Terbaharu, susulan kes menular di serata platform, influencer tersebut akui bisnesnya kini ‘hancur’ dan seller meminta dirinya memulangkan duit mereka semula kerana sedar kes ini bakal membebankan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by View Chin (@viewhau)

Melalui hantaran di Instagram yang dibuat oleh lelaki berbangsa Cina itu, kini rumahnya sudah kosong dan hanya mempunyai beberapa barang saja.

Dalam pada masa yang sama, View Chin turut memohon maaf kerana pilih untuk mendiamkan diri dan minta netizen untuk berinya masa bagi menjawab setiap persoalan berkenaan kes yang telah terjadi ini.

Bukan saja bisnesnya merundum, malah View Chin serta staf turut diganggu setiap hari oleh beberapa pihak.

Sekadar info, View Chin dan Mira telah menjalinkan hubungan sulit untuk jangka masa yang lama, namun baru kini Ah Moi mendapat keberanian untuk membongkarkannya kerana sebelum ini sering diugut oleh suami untuk mendiamkan diri.

influencer curang
12 months ago

"S*ks Dengan Staf Rasa Fresh" - 'Check-In' Hotel & Cuti Bersama, 'Influencer' Popular Kantoi Curang Dengan Staf Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...