Selepas dihimpit pelbagai kecaman kerana cuba mengganggu persembahan Altimet di AJL 32, pelakon kontroversi Iqram Dinzly akhirnya tampil memohon maaf. Iqram akui beliau terlalu asyik melihat persembahan penyanyi rap tersebut sehingga “naik sheikh”.
Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau. Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran. Insyaallah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat.
Pada masa yang sama, Iqram menafikan dakwaan produksi TV3 yang mengatakan beliau beberapa kali cuba untuk menceroboh persembahan Altimet. Selepas sekali dihalang beliau terus ke belakang pentas untuk sesi temu ramah bersama portal Tonton.