January 25th, 2018

Dikatakan membuat laporan polis berkaitan masalah rumah tangganya, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjelaskan hubungan beliau bersama isteri tercinta, Datin Diana Danielle tidak mempunyai sebarang masalah.

Malah, beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya berada disampingnya ketika melalui saat-saat yang sukar dalam hidupnya kini.

Kami baik-baik saja.Tiada masalah antara kami. Saya bersyukur ada isteri dan anak-anak bersama-sama dalam situasi begini. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.

Ditanya mengenai foto laporan polis yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Farid bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis. Farid hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti memberikan sokongan kepada beliau selama ini.

Sumber Berita : BH ONLINE


17 responses to “Saya Dan Diana Baik-Baik Sahaja, Tiada Masalah Antara Kami – Farid Kamil”

  1. jeng..jeng9 says:

    klu ok nape nk buat laporan polis untul suruh adik dia masuk rumah ambil barang milik farid?

  2. Anonymous says:

    diorg memang ok jer.. yg tak ok para wartwn hauk nk story.. nama asek naik jer.. diorg ni contoh couple lagi meletop dari list tersenarai AME tu.. dr 20couple tuh yg 15 tu dah tak laku in industri..

  3. mak jabit says:

    Dalam 2 hari nie je, Nara up cite perihal FK.. adududududuu..

    • Akak Peah says:

      Oklah dari princhikikih tue or patiya latip or johan saya x redho tue..

    • Anonymous says:

      Hahahahaha setuju. Ok la dari princecikiciki, saya tak redho & jangan jeles i’m a beauty with brain ?

      Itu netizens pulak x redho

  4. wekkkkkkk says:

    petahankanlah rmhtngga demi anak2. Anak2 yg bermsalah dtg dri ibubapa yg brmasalah.

  5. Nor says:

    Harap baik-baik saja.

    • Anonymous says:

      X perlu marah atau terasa dgn teguran natizen.. diri sendri yg mengundang benda tu jadi.. ayat berbunga2 se olah olah “gedik” cmtu semua org akan salah faham.. lain kali tulis tu biar betul dgn niat.. nak berterima kasih skli pun x perlu ayat semua tu.. bnyak lg cara lain.. bila di tegur “bukan kacau orang pun” hidup ni umpama berjiran lah, kena jga adab jgn nmpak diri tu x elok nanti senang2 org tabur fitnah

Loading...