January 25th, 2018

Semalam pelakon Farid Kamil mencetuskan tanda-tanya apabila berkongsi foto beliau berlatar belakangkan balai polis Mutiara Damansara sambil memegang satu laporan polis dengan kapsyen mahu memperjuangkan nasib orang-orang yang teraniaya.

Terbaru, ada sumber mengatakan laporan yang dibuat oleh Farid adalah untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk memasuki kediamannya untuk mengambil barangan peribadi milik Farid yang terletak di Casa Tropicana, Damansara.

Malah, Farid dalam laporan polis tersebut juga menyatakan kedua-dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan tersebut dilakukan. Menurut sumber itu lagi, Farid tidak dibenarkan masuk ke rumahnya sendiri.

Dalam laporan polis yang dibuat itu, hanya adiknya sahaja yang dibenarkan untuk mengambil barangan peri­badinya. Difahamkan, dalam laporan polis itu juga, Farid Kamil turut menyatakan dia membawa keluar kedua-dua anak untuk menemaninya ke hospital dengan izin Diana Danielle.

Oleh kerana kediaman itu di Casa Tropicana, maka laporan itu telah dipindahkan ke Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, tujuan Farid membuat laporan polis tersebut pada 18 Januari lalu adalah untuk mengelak salah faham dengan mana-mana pihak.  Persoalannya sekarang, adakah rumah tangga Farid dan Diana Danielle sedang bermasalah?

Sumber Berita : Utusan Online


27 responses to “Farid Kamil Buat Laporan Polis Berkaitan Masalah Rumah Tangga?”

  1. Wahyu. says:

    Memang nmpak sah mereka sedang mengalami pergolakan rumahtangga. Wlau apapun, semua kejadian ini, memang ada hikmahnya. Terbukti adik bradik DAN isteri Fk(wlaupun mungkin bersengketa sebelum ini) muncul utk memberi sokongan. Besar maknanya tu.. Smoga FK boleh menghargai pengorbanan mereka & smoga ada kebaikan yg muncul dari kejadian ini. Cubalah gunakan peluang kedua yg diberi oleh Allah swt sebaiknya utk berubah & mengubah nasib diri/rumahtangga anda. Klau boleh, elakkan upload di social media segala urusan2 yg boleh mengaibkan anda sendiri, isteri & keluarga tercinta.. minta FK ingat itu.. smoga dipermudahkan segala urusan Fk & DD..

  2. MELATI says:

    ALAHAI…………………..FK SEEKING ATTENTION JER…………….SAPA NAK NAYA DIA…..SENDIRI BRO..LU LALOK LU PUKUI ORANG LU CAKAP KENA NAYA APARAH………..2ND IQRAM DINZLY IN D MAKING…KAH KAHH

  3. Anonymous says:

    tunggu keluar statement drp tuan badan…

Loading...