January 24th, 2018

Menyepikan diri seketika dari dunia seni selepas dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan RM12,000 untuk empat pertuduhan yang didakwa atas dirinya, kini Datuk Farid Kamil kembali mencetuskan sensasi apabila memuat naik foto dirinya memegang laporan polis di akaun Instagramnya.

Farid turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti berdoa buat dirinya sepanjang beliau diduga dengan kes tahanan reman atas dakwaan menampar anggota polis, menendang orang awam dan positif dadah jenis ganja baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Farid memberitahu beliau akan memperjuangkan nasib orang teraniaya. Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan isi kandungan laporan polis yang telah dibuat.

Tentu sekali ramai yang tertanya apakah kandungan sebenar laporan tersebut. Adakah ia jawapan untuk setiap perkara yang berlaku kepada Farid baru-baru ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.


29 responses to “Farid Kamil Buat Laporan Polis, Berkaitan Dengan Kes Apa?”

  1. Anonymous says:

    ni bukan gambar lama ke? rambut Farid still kat drama Lafazkan Kalimah Cinta Mu.. kan sekarang rambut dia dah hitam and pendek balik..

  2. farid kamil yang bangang says:

    mula la tu………………..duit dah abis…nk saman2 org la ni….datuk bodooo la lu

  3. Papazola says:

    Nk jadi robin hood pulak…

  4. tanya je says:

    siapa lantik dia jdi zorro?

  5. mr clause says:

    Bila artis trlibat dadah, bkan main rmai bg kta2x smngt laa, skongan laa, pgi terapi laa… Tpi ble rkyat marhaen,,, jirn,,, mmber,,, smu kne sumpah srnah…. pngih dadah pown dh double sntrd….

Loading...