January 25th, 2018

Dikatakan membuat laporan polis berkaitan masalah rumah tangganya, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjelaskan hubungan beliau bersama isteri tercinta, Datin Diana Danielle tidak mempunyai sebarang masalah.

Malah, beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya berada disampingnya ketika melalui saat-saat yang sukar dalam hidupnya kini.

Kami baik-baik saja.Tiada masalah antara kami. Saya bersyukur ada isteri dan anak-anak bersama-sama dalam situasi begini. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.

Ditanya mengenai foto laporan polis yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Farid bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis. Farid hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti memberikan sokongan kepada beliau selama ini.

Sumber Berita : BH ONLINE


17 responses to “Saya Dan Diana Baik-Baik Sahaja, Tiada Masalah Antara Kami – Farid Kamil”

  1. Anonymous says:

    Pertahankan rmhtangga seboleh mungkin walau badai melanda..setiap manusia mmg akan ada mslh..cuma cara handle tu kena bijak..saya doakan yg terbaik utk pasangan ini..utk keluarga ini..

    • wakakakaka says:

      diri sendiri pun belum cukup di doakan

    • Anonymous says:

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
      #donedakwah
      #iamafanofthislovelycouple

  2. Mimi says:

    Sudah semestinye baik2…takmo gaduh2 hokayy

  3. Za says:

    Selagi boleh pertahankan..pertahankan rumahtangga tu..demi anak2.

  4. Anonymous says:

    Selagi boleh pertahankan..pertahankan rumahtangga tu..demi anak2.

Loading...