Baru-baru ini, pelakon Ruhainies telah mempertahankan dirinya di platform Threads berhubung dakwaan khalwat dengan suami Bella, Aliff Aziz. Dalam satu sesi interaksi, Ruhainies menegaskan bahawa JAWI hanya menjalankan tugas mereka dalam menjaga kesucian Islam, namun dia turut mengakui bahawa perbuatan berduaan dengan pasangan yang sah atau tidak sah tetap dianggap salah dalam agama, terutama jika sudah berkahwin.
Ruhainies dalam hantaran di Threads tampil memberikan respons terhadap komen salah seorang pengguna.

Beliau juga mengulas tentang tuduhan tidak jujur yang ditujukan kepada Bella dan menulis.
“Sampai bila nak tipu netizen? Ya, kita tidak wajib menjawab semua orang, tetapi mereka berhak tahu kebenaran.”
Difahamkan, Ruhainies hanya mengeluarkan kenyataan itu kerana diprovoke netizen yang tidak habis-habis mengimbas kembali peristiwa hitam yang melandanya bersama Aliff Aziz beberapa tahun yang lalu.
Ruhainies mengajak semua pihak untuk berada di tempat yang sama, berkata dengan jujur, dan mengungkapkan apa yang sebenarnya berlaku, dengan menegaskan bahawa setiap orang bebas untuk mempunyai pendapat mereka sendiri.
Isu ini timbul selepas dakwaan bahawa Ruhainies terlibat dalam kes khalwat dengan Aliff Aziz, yang juga menimbulkan pertanyaan tentang ketelusan dalam hubungan mereka. Namun, Ruhainies menegaskan bahawa dia hanya mahu kebenaran diketahui dan menyerahkan penilaian kepada orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
