Ruhainies & Sarah Yasmine ‘Buka Cerita Lama’ Di Threads, Netizen Mula Desak Bella Astillah Bersuara – “Melampau Sangat!”

Hiburan

Ruhainies & Sarah Yasmine ‘Buka Cerita Lama’ Di Threads, Netizen Mula Desak Bella Astillah Bersuara – “Melampau Sangat!”

Isu lama melibatkan pelakon Ruhainies dan individu dikenali sebagai Sarah Yasmine kembali hangat apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di platform Threads.

Menerusi beberapa hantaran, Ruhainies tampil mempertahankan diri susulan dakwaan melibatkan rakaman suara yang didakwa mengaitkan namanya. Namun, pelakon itu menegaskan ia bukan suaranya dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.

Advertisement

p

Dalam masa sama, Ruhainies turut mempersoalkan mengapa isu tersebut timbul semula selepas sekian lama.

“Banyak sangat menipu this girl. tah apa lagi dia menipu ni. kenapa i tak tahu?… action need to be taken.”

Sementara itu, Sarah Yasmine pula memberi respon tersendiri dengan menafikan penglibatannya dalam hal yang dikaitkan, selain meminta agar dirinya tidak terus dikaitkan dengan isu tersebut.

Ketegangan antara kedua-dua pihak itu turut menarik perhatian netizen yang mula membuat pelbagai spekulasi, termasuk mengaitkan kembali nama penyanyi Bella Astillah.

Di ruangan komen, ada yang mendakwa situasi ini seolah-olah cubaan untuk membuka semula cerita lama, malah ada juga yang menggesa Bella tampil mempertahankan diri.

“Boleh pulak eh tag SY terus. Nampak sangat dua2 bergabung nak jatuhkan BASS. Jangan main dgn air yang tak mendidih lagi. Once dah mendidih, boleh melecur tangan. I said what I said.”

Selain itu, terdapat juga netizen yang meluahkan rasa jemu dengan isu lama yang kembali diperkatakan.

“No hate, but sudah sudahlah. It has been fucking two years, kata dah move on. This seems like you’re starting a game that you’ve been planning on. Tak puas hati ke Bella dapat Yang Berhormat?”

Setakat ini, Bella Astillah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-25 09:41:39

Ruhainies Tampil Pertahan Diri Susulan Kes Khalwat Aliff Aziz Diungkit Netizen - "Sampai Bila Nak Tipu Netizen?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...