Que Haidar Dilaporkan ‘Hilang’, Kodi Rasheed Tahu Keadaan Terkini – “Dia Sekarang..”

Hiburan

Que Haidar Dilaporkan ‘Hilang’, Kodi Rasheed Tahu Keadaan Terkini – “Dia Sekarang..”

Pelakon Kodi Rasheed tampil berkongsi keadaan terkini aktor Que Haidar yang sebelum ini menjadi perhatian selepas didakwa menghilangkan diri susulan pelbagai kontroversi yang melanda.

Menurut Kodi atau nama sebenarnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, Que berada dalam keadaan baik dan dia sendiri kerap berhubung untuk bertanya khabar.

Advertisement

“Saya ada berhubung dengan dia sebab dia cikgu saya kan? Mestilah saya tanya khabar dia, okay ke tidak.”

“Saya juga ada pelawa dia untuk tengok filem terbaharu saya iaitu Libang Libu serta bertanyakan mengenai promo filem Malaikat Malam. Itu saja.”

“Bertanya khabar itu biasa. Saya macam wajib telefon dia dalam seminggu minggu dua atau tiga kali. Kalau tak seminggu dua kali pun, bila terdetik saja kami akan telefon.”

“Dia okay Alhamdulillah. Saya pun tak nak masuk campur sebab dua-dua adalah guru saya,” katanya kepada Gempak.

Kodi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam masa sama, Kodi melihat sokongan yang diterima Que daripada orang ramai sebagai satu balasan atas kebaikan yang pernah dilakukan pelakon itu sebelum ini.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi dan hanya mampu memberikan sokongan dari jauh sambil percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Pada masa sama, Kodi turut menasihatkan orang ramai agar tidak terus melemparkan fitnah atau mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

“Cuma apa yang saya boleh katakan untuk orang luar ataupun orang sekeliling dorang ini, tak perlu masuk campur.”

Terdahulu, isu perceraian antara Que Haidar dan bekas isterinya, Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan berkaitan punca perpisahan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fikry ibrahim
2026-04-17 10:56:48

Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bermasalah - "Saya Benarkan Isteri Balik Kampung"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...