“Pergi Dari Orang Yang Tidak Hormati Kita..” – Fail Cerai, Hantaran ‘Repost’ Syida Melvin Curi Perhatian Ramai

Hiburan

“Pergi Dari Orang Yang Tidak Hormati Kita..” – Fail Cerai, Hantaran ‘Repost’ Syida Melvin Curi Perhatian Ramai

Rumah tangga pelakon Syida Melvin dan suaminya, Syafiq Azim kini menjadi perhatian ramai apabila difahamkan Syida telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor sejak Disember tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding kes masih berjalan. Sebutan pertama kes hanya berlangsung pada 2 April lalu selepas beberapa kali penangguhan, termasuk usaha untuk mencapai perdamaian antara kedua-dua pihak.

Advertisement

Bagaimanapun, usaha tersebut dipercayai tidak berjaya apabila Syida dikatakan nekad untuk meneruskan proses perceraian berkenaan.

Dalam masa sama, netizen turut memberi perhatian kepada satu perkongsian semula (repost) di media sosial Syida yang dilihat seolah-olah memberi bayangan terhadap situasi yang sedang dilaluinya.

Syida melvin

Perkongsian itu mengandungi mesej nasihat kepada anak perempuan agar berdikari dan mencari rezeki sendiri bukan untuk kemewahan atau lelaki, tetapi sebagai kekuatan diri. Ia turut menekankan kepentingan wanita keluar daripada persekitaran yang tidak lagi menghormati mereka, selain mengingatkan bahawa nilai diri tidak sepatutnya bergantung kepada orang lain.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya sama ada ia sekadar motivasi umum atau mempunyai maksud tersirat berkaitan fasa kehidupan yang sedang dihadapi aktres itu.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz
2026-04-14 14:03:25

"Saya Rasa Tenang Sekarang" - Aliff Aziz Bangkit Semula, Mahu Fokus Kepada Diri Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...