“Penat Fikir Kes Zayn, Rehat Sekejap Dengan Shaker Fries..” – Promosi Guna Kes Zayn Rayyan, Teruk Bisnes ‘Fries’ Ini Dikecam

Kehidupan

“Penat Fikir Kes Zayn, Rehat Sekejap Dengan Shaker Fries..” – Promosi Guna Kes Zayn Rayyan, Teruk Bisnes ‘Fries’ Ini Dikecam

Melalui platform X, baru-baru ini, satu perniagaan kentang goreng telah terima kecaman yang hebat daripada kalangan warganet selepas mempromosikan perniagaan menggunakan nama kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Guna kes Zayn promosi perniagaan fries

Difahamkan, pada awalnya hantaran tersebut pada awalnya menyebut tentang pembunuhan Zayn yang hingga ke hari ini masih belum selesai dan menjadi bualan ramai.

Advertisement

penjual fries tunggang kes zayn rayyan

Selepas itu, hantaran terbabit menyatakan jika sudah penat memikirkan tentang kes Zayn Rayyan, pihak mereka mengajak orang ramai ‘berehat’ dengan menikmati fries yang dijual sementara memikirkan tentang kes ini.

Namun begitu, barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, video tersebut telah pun dipadam dari laman media sosialnya.

‘Tak ada common sense!’

Rata-rata netizen yang melihat video itu, mengutuk tindakan peniaga terbabit kerana ‘menunggang’ kes Zayn Rayyan demi mempromosikan penjualan makanannya.

kes zayn rayyan

Dalam pada masa yang sama, peniaga tersebut turut dikatakan tidak sensitif dengan situasi yang sudah berlaku serta mengambil ringan tentang kes Zayn yang sehingga hari ini masih dalam siasatan.

1 month ago

Kes Zayn Rayyan: “Kita Sudah Hampir Ke Penamat, Namun...” - Pengarah JSP Bukit Aman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...