Kes Zayn Rayyan: “Kita Sudah Hampir Ke Penamat, Namun…” – Pengarah JSP Bukit Aman

Trending

Kes Zayn Rayyan: “Kita Sudah Hampir Ke Penamat, Namun…” – Pengarah JSP Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa pencapaian kes adik Zayn Rayyan tidak menghala kepada seperti yang diharapkan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

kes pengabaian zayn rayyan
4 weeks ago

"Dalam Pertuduhan Hanya Pengabaian, Bukan Penderaan.." - Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Advertisement

 

Bangga dengan anak buah

Bagaimanapun, beliau berbangga dengan pencapaian anak buahnya meskipun kes hari ini dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketika sidang media hari ini, beliau berkata proses pertuduhan dibuat merupakan keputusan terbaik yang diputuskan.

We are close yet so far.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Kata-kata itu dipercayai kiasan berkemungkinan merumuskan bahawa polis telah memberikan yang terbaik namun peruntukan undang-undang mempunyai perspektif yang berlainan.

 

Wajar diberi penghargaan kepada anak buah

Tambahnya, anak buahnya wajar diberikan penghargaan sedalam-dalamnya selepas menjalankan tugas mereka selama enam bulan.

Penyelesaian (siasatan) kes ini adalah menzahirkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggotanya Mereka ini berhempas-pulas menjalankan siasatan tanpa mengira penat lelah, siang dan malam bekerja secara ikhlas dalam melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang diberikan.

adik Zayn Rayyan

Terdahulu, kelibat ibu dan bapa Zayn Rayyan,  Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dirakam keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya setelah dibebaskan selepas urusan pembayaran ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

ibu bapa zayn rayyan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...