Susulan kes perceraian, hari ini isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan peguamnya, Azmi Mohd. Rais. Ia adalah sebutan interim kali pertama dan permohonan itu difailkan pada 13 September lalu.
Permohonan Noor Nabila dibuat mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sharnaaz melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menerima dokumen dan sepatutnya memfailkan afidavit balasan pada tarikh sebutan berikutnya.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 30 September ini untuk sebutan semula kes itu.
Terdahulu, Sharnaaz telah menolak permohonan cerai yang difailkan Nabila kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu. Antara alasan Nabila mahu bercerai adalah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut. Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai.

Mazlina Mahali
September 30, 2019 at 3:20 pm
I pandai you bodo
Mazlina Mahali
September 20, 2019 at 12:44 pm
Y’all just stop commenting here ya.. I watch you guys.. Siapkan your assignments okay guys.. Love from your fav Evidence Lecturer!
Anonymous
September 22, 2019 at 9:54 pm
excuse me… nmpk sgt jenis lecture byk masa tgk gosip.. ingat BN ni wall student ker… im grad & happily have job.. so what.. get the hell out of here those lectures..
Lopak & co .
September 20, 2019 at 10:35 am
kelantan Kardashian ni mempergunakan Shanazz untuk dpt anak aje kut …. Dah plan dari mula nak bercerai … Family Kelantan Kardashian ..eeewww …
Anonymous
September 20, 2019 at 10:15 am
masuk ni 2 kali la bercerai kak nab ni..
Chanaz
September 20, 2019 at 12:08 am
WANY HASRITA akan sapu bersih anugerah ahad nih…ttungggu……penyanyi popular dengan ciri khas tersendiri..
lemah lembut gemalai…
muslimah sejati…hajah mabrur amin.