Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Sementara Anak

Hiburan

Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Sementara Anak

Susulan kes perceraian, hari ini isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

nabila nafkah rm500

Advertisement

Perkara itu disahkan peguamnya,  Azmi Mohd. Rais. Ia adalah sebutan interim kali pertama dan permohonan itu difailkan pada 13 September lalu.

Permohonan Noor Nabila dibuat mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Sharnaaz melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menerima dokumen dan sepatutnya memfailkan afidavit balasan pada tarikh sebutan berikutnya.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 30 September ini untuk sebutan semula kes itu.

nabila nafkah rm500Terdahulu, Sharnaaz telah menolak permohonan cerai yang difailkan Nabila kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu. Antara alasan Nabila mahu bercerai adalah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut. Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...