Netizen ‘Bongkar’ Nilai Kekayaan Bapa Penyanyi Mizz Nina -“Sebulan Belanja RM1 Juta, Beratus Tahun Baru Habis”

Hiburan

Netizen ‘Bongkar’ Nilai Kekayaan Bapa Penyanyi Mizz Nina -“Sebulan Belanja RM1 Juta, Beratus Tahun Baru Habis”

Nama penyanyi dan usahawan, Mizz Nina kembali menjadi bualan hangat, kali ini berkait dengan latar belakang keluarganya apabila bapanya, Tan Sri Azman Hashim menjadi perhatian ramai.

Perkara itu tercetus selepas seorang pengguna Threads berkongsi keratan laporan Forbes yang mendedahkan anggaran kekayaan Pengerusi Kumpulan AmBank itu sekitar RM4.7 bilion, selain pernah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia.

Advertisement

mizz nina

kekayaan

“Kaya betul ayah Mizz Nina. 4.7 billion net worth. Tu kalau withdraw 1 juta sebulan pun, 400 tahun baru habis tapi tak heran la they gain income legally and declared. Yang jenis tiba-tiba ada 11 biji sports car tu huhhh.”

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa kagum, bukan sahaja terhadap kekayaan dimiliki tetapi juga sikap keluarga berkenaan yang dilihat merendah diri.

“And their family is very humble tau..” tulis seorang netizen.

Dalam masa sama, ada juga yang mengaitkan kekayaan tersebut dengan amalan kebajikan yang dilakukan keluarga itu, termasuk menerusi Yayasan Azman Hashim yang aktif menawarkan biasiswa kepada pelajar.

kekayaan

“Murah rezeki dia sebab ada yayasan kasi scholarship,” komen seorang pengguna.

Selain itu, sumbangan Tan Sri Azman Hashim kepada institusi pendidikan tempatan turut menjadi perhatian, termasuk pembinaan pelbagai kemudahan seperti dewan, stadium dan fakulti di universiti awam.

“Banyak sumbangan dia dekat uni awam. Ada dewan Azman, stadium Azman, fakulti bisnes Azman dekat UTM.” kongsi seorang lagi pengguna media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-22 11:02:01

"Kasihanilah Kami, Kami Ada Suami Malaysia" - Wanita Indonesia Menangis Tak Dapat Nikmati BUDI95

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...