Pelakon Shakilla Khoriri berpendapat para guru perlu memahami perubahan selera kanak-kanak zaman sekarang yang menurutnya tidak lagi sama seperti generasi terdahulu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shakilla berkata nasi lemak mungkin menjadi kegemaran orang dewasa, namun tidak semestinya menjadi makanan pilihan kanak-kanak.

“Tak semua budak makan nasi lemak cikgu. Dulu kita bolehlah sumbat nasi lemak pagi-pagi sampai bulat.
Nasi lemak tu mak pak yang makan tak kira waktu.”
Shakilla berkata demikian selepas membaca luahan seorang guru yang meluahkan rasa kecewa apabila ayam goreng lebih digemari murid Rancangan Makanan Tambahan berbanding nasi lemak.
Dalam masa sama, Shakilla turut mencadangkan beberapa menu ringkas yang mungkin lebih dekat dengan selera kanak-kanak masa kini.
“Cuba kaji, kebanyakan anak-anak sekarang makan apa.
Nasi goreng butter telur ada ayam sikit atau macaroni telur ayam sikit.”
Bagaimanapun, perkongsian Shakilla itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, dengan masing-masing berkongsi pandangan berbeza mengenai menu makanan murid sekolah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
