Muncul Dakwaan Sosej Farm’s Gold Tidak Halal, Ini Penjelasan Penuh JAKIM

Berita

Muncul Dakwaan Sosej Farm’s Gold Tidak Halal, Ini Penjelasan Penuh JAKIM

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa sosej jenama Farm’s Gold tidak mempunyai sijil halal, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim, terutamanya ibu bapa.

Isu ini mula merebak di platform seperti WhatsApp dan Threads, menimbulkan kerisauan di kalangan orang ramai. Namun begitu, pihak berkuasa telah memberikan penjelasan rasmi mengenai perkara ini.

Advertisement

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan rasminya menjelaskan bahawa produk sosej Chicken Frankfurter jenama Farm’s Gold sebenarnya memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Sijil halal ini diiktiraf sehingga 30 November 2027, yang bermakna dakwaan yang mengatakan produk tersebut tidak halal adalah tidak benar sama sekali.

JAKIM turut memaklumkan bahawa semakan menyeluruh telah dijalankan terhadap pensijilan halal produk di bawah syarikat Saudee Sdn. Bhd., pengeluar Farm’s Gold. Hasil semakan mendapati bahawa:

1. Produk ini mematuhi piawaian halal Malaysia

2. Proses pengeluaran memenuhi garis panduan ketat

3. Status halal produk tersebut masih aktif dan sah

sosje farm's gold

Pihak Saudee Sdn. Bhd. turut memberikan penjelasan bahawa mereka sentiasa memastikan setiap langkah dalam proses pengeluaran, dari bahan mentah hingga produk siap, mematuhi prosedur halal yang ditetapkan. Selain itu, produk mereka juga melalui standard keselamatan makanan yang ketat, termasuk:

1. HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)

2. GMP (Good Manufacturing Practice)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-24 15:12:09

Penduduk PPR Tak Sanggup Bayar RM60 Yuran Parkir Bertingkat, Lebih Sanggup 'Double Park' - "Dulu Beria Sangat Nak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...