“Menitik Air Mata Tengok..” – Datuk Red Hadir Beri Sokongan Buat Anak, Mohon Maaf Kepada Adira

Hiburan

“Menitik Air Mata Tengok..” – Datuk Red Hadir Beri Sokongan Buat Anak, Mohon Maaf Kepada Adira

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Adnan Abu kembali mencuri perhatian apabila dilihat hadir memberi sokongan kepada bekas isterinya itu serta anak sulung mereka, Anggrek, di konsert minggu kedua program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) pada malam Ahad.

Menurut Adnan yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, kehadirannya adalah untuk menyaksikan sendiri persembahan anaknya di atas pentas, yang disifatkan sebagai satu impian buat dirinya.

Advertisement

“Hari ini saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggrek. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini. Tahniah Anggerik.”

Dalam masa sama, Datuk Red turut mendedahkan bahawa kehadirannya pada malam tersebut juga bertujuan untuk memohon maaf kepada Adira atas segala yang berlaku sebelum ini, khususnya melibatkan kemelut kes rujuk mereka.

“Saya datang ini sebagai tanda sokongan dan permohonan maaf untuk dia (Adira). Saya nak jernihkan apa yang saya sudah buat sebelum ini. Saya doakan dia semoga bahagia.”

“Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hubungannya dengan anak-anak selepas perpisahan, Datuk Red memaklumkan bahawa dia sudah dua minggu tidak bertemu mereka, namun masih berhubung melalui panggilan video.

“Dua minggu (tak jumpa). Saya ada video call dengan bibik, tapi dalam keadaan sekarang, bagi saya bertenang dulu. Tapi sebak bila tengok semua tadi. Tapi tak apa, asalkan dorang bahagia. Ya, saya sebak.”

Terdahulu, pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas Adira meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan bekas suaminya yang didakwa meletakkan syarat dalam usaha menyelesaikan kes rujuk mereka.

Menurut Adira, Datuk Red didakwa meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

datuk red
2026-04-24 15:48:46

"Saya Adnan Ceraikan Adira Dengan Talak Satu" - Ditemani Datin Red, Datuk Red Lafaz Talak Di TikTok Live

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...