Seorang individu tampil berkongsi pengalaman peribadinya pernah bekerja bersama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi perkongsian di platform Threads, individu tersebut mendedahkan sisi pemurah kedua-dua figura berkenaan, khususnya dalam membantu masyarakat.
Menurutnya, selain Syed Saddiq, Bella juga dikatakan turut menyalurkan sumbangan ke akaun Muar bagi tujuan kebajikan rakyat di kawasan tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati, sumbangan itu didakwa dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan ramai.

“Pernah kerja dengan @bellaastillah dan YB @syedsaddiq. Masa dapat payment tu, part YB memang 100% masuk ke akaun Muar untuk rakyat Muar.”
“And korang tahu tak Bella pun ada bagi sumbangan juga,sumbang sikit portion dia ke akaun Muar tanpa YB tahu pun,” kongsinya.
Dalam masa sama, individu berkenaan turut menitipkan doa agar Bella terus kuat dalam menghadapi sebarang ujian yang mendatang.
“Akak doakan apa pun ujian yang datang Bella terus kuat ya. Moga Allah lindungi Bella dan keluarga,” coretnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh terhadap keikhlasan yang ditunjukkan oleh Bella.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
