October 26th, 2015

Tanyalah kepada wanita-wanita di luar sana, pasti ramai yang tidak akan menolak sekiranya dijodohkan dengan lelaki kaya. Namun sudah semestinya kekayaan tidak menjamin kebahagiaan jika si lelaki tidak mempunyai keimanan, ketegasan dan juga sifat kepimpinan selaku seorang suami. Pertelagahan di antara Karen Rahman dan Maria Farida kelihatan semakin memuncak, lebih-lebih apabila Karen mendakwa Maria memang terdesak mahu bersuamikan orang kaya menerusi Berita Harian semalam.
maria faridaKaren Rahman juga memaklumkan dirinya telah menjaga bekas suaminya dengan begitu sempurna sepanjang perkahwinan mereka. Ternyata kenyataan ini jauh berbeza dengan apa yang diberitahu oleh anaknya sendiri, Shazleen Rahman baru-baru ini. Karen juga turut mendakwa kenyataan anaknya itu telah dibuat atas pakatan bekas suaminya dan Maria Farida. Kata Karen:-

Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.

Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya.

Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya.

Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.

Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri y ang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga.

maria farida

Daripada apa yang Abang Nara tonton di Melodi semalam, bukan sahaja anak kandung Karen Rahman muncul membuat kenyataan yang tidak menyebelahi dirinya, tetapi bekas suaminya juga turut sama memberikan kenyataan negatif tentang bekas isterinya itu. Malah Maria Farida juga telah tampil memaklumkan dirinya diugut oleh Karen. Sukar mahu mengetahui pihak mana yang bercakap benar. Namun Abang Nara percaya kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Sama-sama kita nantikan bagaimana kisah ini akan berakhir kelak. Sumber Berita Harian.

gegar vaganza 2

P.S: Yeah!!! Best Buy World Malaysia kembali lagi dengan tawaran tak masuk akal!!! Diskaun sehingga 70% untuk produk penjagaan kulit berjenama, minyak wangi, alat solek dan macam-macam lagi. 100% original dan authentik. Tak ada tiruan-tiruan. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.


Comments are closed.

Loading...