Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Sejak beberapa hari lepas,gosip Maria Farida yang menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga rakan karibnya Datin Karen Rahman telah mula viral di media sosial.

Advertisement

Semuanya bermula apabila Miss Kepoh telah memuat naik satu foto dimana seorang individu yang dekat dengan Datin Karen memberitahu Maria sudah merampas suami kepada pengasas KR Beauty Care itu dan turut menggunakan ayat guna-guna (manderam)  untuk mendapatkan lelaki berkenaan.

Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Datin Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria sanggup untuk merampas suaminya.

Walaubagaimanapun,  timbul pula satu cerita yang membuatkan keadaan menjadi lebih rumit apabila anak Datin Karen iaitu Shazleen menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.

Advertisement

Malah, Datin Karen yang menggunakan akaun Facebook atas nama Izlny Karen  selalu mabuk teruk, tidak menghormati suami dan sering menghalau anak-anaknya yang kini dijaga oleh bapa mereka.

Buat masa ini, Maria Farida belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak berpanjangan dan menjadi lebih sulit selepas ini.

Sumber Berita: Instagram Miss Kepoh/ Rotikaya

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top