“Malam Tadi Dia Hantar Di Balai Polis” – Badrul Muhayat Sudah Pulangkan Semula Anak-Anak

Hiburan

“Malam Tadi Dia Hantar Di Balai Polis” – Badrul Muhayat Sudah Pulangkan Semula Anak-Anak

Kecoh baru-baru ini apabila bekas isteri Badrul Muhayat mendedahkan kedua anak mereka telah dibawa lari oleh pelakon itu.

Dakwa Julia Daud, Badrul telah memecah masuk rumahnya dengan mengumpil pintu dan semua pakaian anak serta buku-buku sekolah anak juga sudah tiada.

Advertisement

Terbaru, Julia memaklumkan kedua-dua anaknya itu telah dipulangkan oleh Badrul di Balai Polis Muallim, Slim River, Perak.

Lapor Gempak, dia telah dihubungi oleh pihak berkuasa yang memaklumkan tentang anak mereka dan diberitahu bahawa keterangan Badrul telah diambil.

Syukur Alhamdulillah kedua-dua anak saya kini berada dengan saya. Malam tadi dia (Badrul) telah menghantar anak saya di balai polis selepas saya memberikan nombor telefon bekas suami kepada pegawai penyiasat.”

Menurut Julia lagi, dia sudah memaklumkan kepada peguamnya tentang kehilangan anak-anaknya dan meminta untuk membuka fail hak penjagaan anak sementara dan kekal. Bagaimanapun, dikhabarkan proses itu akan bermula pada tahun depan.

Saya rasa memang patut saya buat tuntutan hak penjagaan anak dengan segera agar perkara begini tidak berulang lagi.”

Baca: Badrul Muhayat Nafi Bawa Lari Anak, Dakwaan Bekas Isteri Fitnah Semata-Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 29, 2021 at 9:16 am

    hallamakkk. harap muke je hemsem. minat kt badrul muhayat ni. hemsemmm blakon pon ngamm.

Loading...