Badrul Muhayat Nafi Bawa Lari Anak, Dakwaan Bekas Isteri Fitnah Semata-Mata

Hiburan

Badrul Muhayat Nafi Bawa Lari Anak, Dakwaan Bekas Isteri Fitnah Semata-Mata

Baru-baru ini, dakwaan mengenai seorang pelakon lama iaitu Badrul Muhayat membawa lari kedua-dua anaknya telah tular di serata media sosial.

Ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro untuk bertanya lebih lanjut berkenaan dengan isu ini, Badrul ringkas mengatakan dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya itu adalah fitnah semata-mata.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon yang popular ketika era 90-an itu enggan ditemubual dan meminta maaf kerana ketika itu sedang sibuk.

Badrul Muhayat bawa lari anakSumber : Google 

Difahamkan, bekas isteri pelakon terbabit telah membuat satu laporan polis dengan mendakwa berlakunya pecah rumah dan dua anaknya dibawa lari oleh Badrul dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.

Hal tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya ada menerima laporan terbabit.

Sebelum ini, wanita tersebut ada memuat naik sebuah status di Facebook memberitahu selain rumahnya dipecah masuk, semua pakaian anak serta buku-buku sekolah sudah tiada.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu ternampak sesuatu yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.

2 years ago

"Pintu Ada Kesan Umpil"- Bekas Isteri Dakwa Pelakon Larikan Anak, Culas Bagi Nafkah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...