“Pintu Ada Kesan Umpil”- Bekas Isteri Dakwa Pelakon Larikan Anak, Culas Bagi Nafkah?

Hiburan

“Pintu Ada Kesan Umpil”- Bekas Isteri Dakwa Pelakon Larikan Anak, Culas Bagi Nafkah?

Menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat pendedahan mendakwa bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon telah melarikan dua orang anaknya.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat di mana dia mendakwa pintu rumahnya telah diumpil selain barang peribadi anak seperti kad pengenalan dan telefon turut diambil.

Advertisement

Apa yang membuatkan wanita itu mengesyaki bekas suaminya adalah kerana mereka ada bergaduh besar sebelum ini di rumah mentuanya di mana pelakon terbabit telah mengugut untuk pecahkan rumah dan mengambil telefon anak-anak.

Dakwanya lagi, dia kini dalam perbicaraan bagi tuntutan nafkah anak. Sejak mereka bercerai pada 2010, bekas suami didakwa jarang menghulurkan nafkah untuk anak-anak. Katanya, ketika masih bersama dahulu dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain pelakon itu didakwa berlaku curang.

Baca: Gembira Bersama Keluarga Di IG, Benarkah Nynaa Harizal Diculik Oleh Keluarga Sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...