Written by Bella | November 28th, 2017

Segala spekulasi percintaan Fattah Amin dan Fazura akhirnya tamat apabila mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri semalam. Meskipun ramai yang kecewa kerana mereka tidak berterus-terang tentang tarikh majlis pernikahan yang berlangsung, peminat tetap juga mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Faz serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Apa kata kita “recap” kembali saat perkenalan Fattah dan Fazura dan kronologi percintaan mereka.

Fattah dan Fazura mula rapat ketika bergandingan bersama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sekitar bulan Mei lalu. Lakonan mereka berdua yang penuh dengan “chemistry” berjaya memikat hati penonton sehingga wujudnya hashtag #FattZura.

Hubungan mereka tidak terhenti selepas tamat penggambaran drama HSC dan mereka kerap keluar bersama. Dari situ, bermula lah spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta dalam diam. Walaubagaimanapun, Fattah ketika itu menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak lama selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi digandingkan bersama dalam drama Wanita Terindah. Pada masa yang sama, gosip mengenai percintaan mereka berdua terus hangat diperkatakan kerana kemesraan antara mereka berdua semakin jelas kelihatan. Mereka saling berbalas komen di Instagram dan menghadiri acara hiburan bersama.

Fazura turut meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 pada 14 September lalu dan paling mendapat perhatian ramai ialah ketika Fattah mengirim 500 kuntum bunga mawar sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang 34.

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai berita pertunangan mereka, akhirnya Fattah menerusi satu sidang media khas  selepas mereka pulang dari Mekah mengakui beliau sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu dalam sebuah majlis tertutup atas permintaan keluarga mereka dan tidak mahu menghebahkan perkara tersebut kerana mahu fokus menunaikan ibadah umrah.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura, siapa sangka perkenalan yang agak singkat menimbulkan bibit percintaan antara mereka berdua dan akhirnya membuat keputusan untuk segera bernikah.

61 responses to Kronologi Kisah Percintaan Pasangan Sensasi #FattZura

  1. Fidot says:

    I loikkeee..x yah gosip lama2 kawen terus halal. Sian fazura dh penat dh gosip x best dulu2. Tahniah!!! Suka sangat!

    124

    0
    • Anonymous says:

      Aku pun sukaa.Kesian dia sebab kena reject dengan Sam Saheizy dulu.Sam kerek terjumpa Fazura pun buat tak tau,tengok dalam reality show dia.Dia bagi best actress award to Fazura tapi buat muka macam nak kena penampar.Budget hensem cheh.Suka aku Fazura kahwin dengan Fattah,hero top,tall & hensem.Hambik kau Sam!

      96

      0
      • Anon KT says:

        Tak sia2 Fazura kena perli/ejek dengan awek Saheizy Sam masatu (sekarang dah jadi bini) kalau akhirnya Fazura bertemu jodoh dengan lelaki sebaik Fattah yg sangat2 menghargai Fazura. Fattah pun dari keluarga yg baik2..

        Alhamdulillah.. selain berita Siti berjaya hamil, semua berita baik tentang pasangan ini adalah keajaiban dalam dunia hiburan utk tahun 2017.

        56

        -1
      • Anonymous says:

        kan..kesian gila faz waktu tu.. sekarang faz da jumpa lelaki yg tau menghargai, terima seadanya n bole membimbing..semoga kekal ke jannah

        28

        0
    • Nina says:

      I think they compliment each other.Fattah ada agama,keluarga nampak alim & mature for his age.Fazura ada kisah silam tapi nampak dah banyak berubah,good family background & she looks educated bila bercakap.Walaupun tua dari Fattah but she looks young jadi sepadan la mereka berdua ni.Cantik dan kacak & masing2 tak gila publisiti.Semoga berkekalan hingga ke Jannah.Amin

      75

      0
  2. sutun kurita says:

    Tahniah FattZura…semoga bahagia didunia dan akhirat..amin..

    39

    0
    • Anonymous says:

      sepadan sangat… sejuk je mata memandang niii

      15

      0
    • Debby says:

      Josiah cinta paling sweet abad ini. Sape stuju?
      1. Masa bercinta,
      -xde dolak dalik statement. It was just- doa baik2
      -xde pegang2, xde adengn gesel2, xde gmbr acah 2 sweet kemudian malu2 di sblik lngsir, xde behind the scene yg acah2 senyum menggoda.

      2. Terus tunang senyp2 then bw family g umrah, wat pc umum Dah bertunng- settle.

      3. 3-4 ari terus senyp2 nikah- umum= settle.

      Knp buat mcm ni? Sbb 2-2 bukn jenis giler glamour. Nt bila Da ada baby LG la diorng akn keep him / her safe from those glamorous things. Maybe lepas ni akn ada bbrapa org artis yg akn ikut cara fattzura or ada artis2 yg bertuhankn popularity tu, diorng patut rasa Malu n learn something from them.

      45

      0
  3. Tahniah! says:

    Aturan Allah adalah yang terbaik dan cukup sempurna.

    Respect dengan Fattah, menyayangi Fazura dengan cara yang betul. tak tunggu lama untuk menghalalkan hubungan. Yang penting, Fazura pilih lelaki yang jaga solat. InsyaAllah, segalanya akan terjaga.

    Moga perkahwinan kalian berkekalan sampai ke syurga. Happy for you guyssss!

    Kita doakan untuk mereka, insyaAllah yang baik juga datang untuk kita kelak.

    110

    0
  4. loversvshaters says:

    Tahniah Fazura n Fattah Amin
    Didoakan semoga kekal bahagia hgga ke akhir hayat…amiinnn ya rabb
    #fattzura

    34

    0
  5. Fekjura says:

    Dengar cerita video tumblr pekjura dah viral balik. Sila bertabah.

    9

    37
  6. lols says:

    Tahniah..bila dh jodoh kn..moral of the story, xperlu kecewa klu direject keluarga bkl pasangan ke, kne caci kne sindir dek org ke sabar diam je (igt lg kata2 abg ipar gengster)..end up u akn brtemu psgn dr kluarga yg blh terima u, humble, mghormati org,x bsrkn pangkat n harta..

    Satu lg yg sindir2 faz dulu ble nk kawin, nk tgu mereput ke..tgk die dh slmt kahwin, xde salahnye pn tunggu mase sikit utk dpt psgn yg lebih baik.. semoga bahagia

    76

    0
  7. nok gebuzzz says:

    bukan salah deorg nak cover hari pernikahan..mmg dah beritau awal2 secara tertutup,x nak wartawan menyibok tanya soalan byk2 pd hari pernikahan…hari tu adalah hari yg bersejarah dan mereka nak dlm keadaan yg tenang.org2 yg rapat sahaja…tapi bagus,aku suke…fazura pon simple..cantik..majlis semua,pakaian,semua simple tapi cantik dan sopan.tahniah awak berdua…

    56

    0
  8. Anonymous says:

    Semua orang ada kisah silam. Samada yg baik dan yang tidak. Yg tak elok tu jangan lah di ungkit ungkit. Aku bukan fan sapa sapa. Tapi tumpang gembira hari bahagia. FA & Faz. Btw Mekap Faz kelihatan lembut jer tak tebal berkati. I like.

    55

    0
  9. Anonymous says:

    KimK dapat laki muda….. sdh lah nanti 7 keturunan ckp fasal mereka saja. Ckp merela nak privasi …. tak payah lah keluarkan cereta mereka lagi… noringgggg

    1

    47
    • Anonymous says:

      asal ko baca jugak gosip dorang ni?pi baca gosip pasal nabil tuhhh..

      22

      0
    • bersangka baik says:

      bai khadijah kawin dgn nabi pun beza umur, ko ni pahal… hati dah hitam tu mmg hitam.

      20

      0
    • Princecess mawar merah says:

      Yg meroyan sangt pasaipa?? Org tu mendirikan rumahtangga, buat benda baikk, mmg mereka dah maklumkan nk kn privacy utk mjlis nikah ,dah tu apa masalah dia?.. kang xbgtau dah nikah org fitnah2 plak,.. atleast diaa berusaha halalkan hubungan xnk ikat lama2.. xyah sakit hati sngt tgok org lain bahagia..kalau xmampu nk doakan yg baik2 lebih baikk diam..

      19

      0
    • Anonymous says:

      pegi main jauh2 syuhhh syuhhh

      2

      2
  10. eila says:

    Alhamdulilah.. Rasanya ramai yg suka sbb mereka nampak simple & sweet xkira dari segi penampilan mahupun cara mereka melayan peminat. Yang penting kita sendiri boleh nampak betapa mereka sngt rapat dan mesra dengan keluarga kedua2 pihak dan rakan2 mereka. Itu lebih penting daripada melayan komen2 dan netizen yg bersikap negatif dan dalam hati penuh rasa tak puas hati terhadap org lain. Doakan sajamereka dan doakan kita juga. Enjoy yr life, simple as it.

    41

    0
  11. mak c kina says:

    bila jodoh itu tiba,dia xtunggu walau sesat…jodoh yg sgt indah…perkenalan yg singkat..jodoh yg dipermudahkan…semoga kekal hingga ke akhir hayat

    29

    0
  12. elle says:

    Mane mulut2 pelakon lain yg suke sindir2 diorg ni, see end up diorg menikah jugak. xyah nak tggu lame2 usung sane usung sini, tgk dua2 belah family pon happy terima each other sebagai besan. syukur FA dijauhkan dr masuk keluarga lofa. semua prangai bajet vvip.

    47

    0
  13. teguh says:

    hahahah gelak hbs yg netizen tk blh terima hakikat yg fattzura dah sah bersatu..Allah Hu Akhbar menangis lh syaitan sbb gagal mempengaruhi pengikut2nya yg bermulut puaka dekat sini utk memisahkan fattzura ni..hello bro/sis yg buruk hati hasad dengki ingat tiada tuhan melainkan Allah dan tdk ada siapa yg lbh berkuasa drpd Allah SWT, ko org caci maki hamun finah merata tu apa yg kmu dapat DOSA kn? tpi siapa dapat pahala dan Allah balaskan dgn yg baik sbb kedua2 mereka terus tabah dan sabar FATTZURA kan?? Alhamdulilah syaitas hangus terbakar skrg so harap yg mulut puaka pun ikut terbakar sama

    18

    0
  14. Mira says:

    sukanyaaa. fattah declare hubungan diorg dekat public dengan cara terus bertunang. lain macam fattah angkat maruah fazura sebagai bakal isteri dan family masing-masing bila terus tunang, pergi umrah together bersama mahram masing-masing, and after a week, terus nikah. senangnyaa. Alhamdulillah. semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat to fattah and fazura. i’m not a big fan of them tapi tumpang gembira dengan kisah lovebirds ni :)

    87

    -1
    • Anonymous says:

      setuju sgt.. sbb sekarang ssh nk cari laki y

      5

      0
      • zzz says:

        laki z kan ada

        3

        0
      • Anonymous says:

        kak dh kawen belum??klu dh kawen cb pikir blek camne laki akk lamar akk???klu belum kawen xyah nk demand sgt…bersepah je laki y baik kat luar tu…klu perangai ko cam setan so ko akn jmpe laki y perangai cam setan laa…klu nk dpt laki baik first ubah diri tu jd baik dl br allah akn pertemu dgn laki y baik…cth cam fazura ni….sembang cam laa fatah sorg je laki kat dunia ni…..nk dpt laki baik contohi cam fazura ok kak….gud luck laa yee jmpe laki baik…klu dpt laa…hahahhaaha….

        menyampah aku perempuan zmn skrg ni…nk laki baik tp tiap2 mlm menyundal…

        0

        9
        • Mira says:

          to Anonymous 12:11pm.

          ish. ish. negatifnya awak dik oi. kalau awak lelaki, semoga awak boleh cepat2 segerakan urusan berjodoh supaya takde ke hulu ke hilir tanpa ikatan lama2. kalau awak ppuan, semoga awak jumpa lelaki yang boleh memperisterikan awak cpt2 tanpa usung awak ke ke hulu ke hilir tanpa ikatan lama2. Amin. Alhamdulillah akak dah kawen dan perjalanan kami pun cantik disusun juga. tindakan fattah patut dipuji sebab dia berusaha jaga nama baik both parents dan nama baik fazura juga. yang awak jauh tersimpang tu kenapa? selalu jumpa ppuan menyundal je ke dlm hidup ni? then maybe awak kena betulkan laluan hidup awak kot. bye.

          22

          0
    • lopee says:

      setuju sangat..fazura nyata boleh dibimbing oleh fattah wp lebih mudah..age does not a matter…

      8

      0
  15. tukang tilik says:

    congrats both of u walaupun niat asal mereka rapat adalah untuk menyakitkan hati neeloffa kerana dua2 ada sejarah hitam ngan loffa. semoga sekarang niatnya benar2 kerana cinta namun berterimakasihlah ngan loffa kerana kalau tak kerana loffa mereka takkan rapat. jgn sentap fattzura coz ini andaian shaja. cheer up uolls…

    0

    39
    • nuyu says:

      tukang tilik syirik disisi agama.jgn sentap ye sbb ini bkn andaian,btul2 syirik.

      19

      0
    • Anonymous says:

      Hui tukang tilik betul ke ramalan mu itu? Ke mcm nujum pak belalang… Makin ku tilik berdetup detap

      1

      0
    • zachnar says:

      Biarlah andaian ko tinggal andaian je..tu semua asbab je wlupn perancangan awal hsc tu lofa dgn fa kan…mmg dh tertulis jodoh fattzura ni..wlupn nmpk ironic hbgan faz-lofa..but i adore both..beauty with brain..masing2 ada kelebihan…hope lofa berjumpa lelaki yg briman yg boleh sama2 ke syurga…pray for their happiness

      7

      0
    • aku says:

      WOOOO! thATS TOO MUCH! CELAKA LA HODUP KO!

      0

      0
    • pelik says:

      apa yg kooo merepekkk ni syaitoonnnn?

      0

      0
    • lailaa says:

      bodohnya fans lofa ni, jodoh tuh takdir dari Allah mana ada dari Lofa, please lah jangan taksub kat artis, sampai apapun di kata sebab lofa, fattah boleh cintai faz karna dia tau cara hargai fattah and family, faz pun cantik, putih dan tinggi, laki laki tuh akan mudah mencintai perempuan yang mencintai, menghargai dia apalagi kalo dia cantik ya kan and faz pun sama boleh cintai fattah karna dia baik beriman sayang orang tua handsome sado juga, so nape sebab lofa,bodohnyaaaaa kau ni

      3

      0
  16. nuyu says:

    Setuju ngn mira..fattah btul plihn tepat bg fazura.tggi die angkt martabat bkl isterinya…xde dating berdua ke hulu..ke hilir.pgg tgn..smua tu xde.mari kite doakan hubungan halal mereka ke syurga.

    24

    0
    • Rania says:

      Haha xda pegang tangan.dlm drama puas dah pegang2 time tunang blh lap peluh dpn public masa keluar xkan X pegang awwww

      0

      7
  17. Well done says:

    Fzura yg cntik pn pndai ttup aurat time nikah x mcm jnda kwin mnteri pki bukak sne cni x tau nk tyang kt spe,.pndai fattah cri isteri dan smbunyi dr wrtwan yg mmg ske tokok tmbah cite.

    2

    2
  18. auroramilner says:

    Padan muka janna nick x dpt nak feeling2 chemistry syok sendiri ngan fattah amin sebab drama coffee prince.. skali fattah nikah ari primier drama tu.. hahahaha

    5

    6
  19. LoveLofa says:

    Tak pe lofa mungkin nanti jodoh dengan putera Mateen. Alaa stakat fattah mlambak lagi jantan kat luar tu.

    2

    22
  20. fid says:

    aku suka dengan kisah cinta diaorang.tak pernah dengar fattah declare fazura as her girlfriend.tak pernah cakap yang fazura kekasih dia.dia lebih senang cakap kawan baek.dan setiap soalan wartawan mesti dia cakap doakan baik-baik.push macam mana pon jawapan tetap sama.

    dia teros angkat martabat fazura sebagai wanita dengan jadikan fazura sbg isteri dengan izin allah..indah sangat cara fattah handle kisah cinta dia sekarang.patotla sherry pon cakap fattah dah matang.semua org ada kisah buruk dulu.baek fazura,fattah atau siapa sahaja.jangan ungkit atau bukak aib orang.jaga aib kita dan keturunan kita sudah.

    untuk fattah dan fazura semoga Allah merahmati hubungan cinta dan perkahwinan korang hingga ke jannah.amin.

    27

    0
  21. zodiac augustus says:

    suka tgk pasangan ini ..nmpk fattah sgt menyanygi fazura dgn seiklas hati ..x mcm lopak ..tgk lopak pn tau dia mcm queen cntrl nnt bila kawin sbb di pk smua dia ada ..pandai dan bnyk duit kan..nasib la fattah x kawin dgn dia …apa2 pn smoga berbahagia kepada anak berdua hingga jannah inshallah…

    17

    1
  22. Peace says:

    Tahniah dan selamat pengantin baru ….

    3

    0
  23. Ramzir says:

    Tahniah, jaga tanggungjawab masing-masing, ingonre apa peminat nak cakap
    semoga bahagia hingga ke Syurga Firdausi

    10

    0
  24. lots of love says:

    alahai akak suka sangat dengan pengakhiran yang sangat sangat cantik ini. Allah memand permudahkan penyatuan mereka dua, alhamdullilah. semoga kehidupan suami isteri ni sentiasa bahagia, penuh baraqah, diberi rezeki yang murah, dikurniakan anak2 yg soleh dan sentiasa diangkat darjat mereka.

    11

    0
  25. Enigma says:

    I noticed that Fazura now lebih ayu, honestly.. Especially time kat Melodi I think when dia pakai tudung. Tersipu sipu lemah lembut and sopan sangat saya lihat. They are adorable couple. Love her..

    18

    0
  26. Anonymous says:

    tahniah… pasangan yg sgt menjaga privasi & adab… tak ade nmpk bergambar tempel2 muka, tempel2 dada mcm abg ipar sorang tuh.. takpayah usung kehulu kehilir bertahun… fattzura pengakhiran yg cantik.. wartawan jer dok kalut nk story akhir2 nii smpi sanggup up burukkan mereka…

    19

    0
  27. Silla says:

    Alahai….. kejap umum tunang , kejap umum khwin …. minggu depan umum hamil … kalikan …. tut … tut… lepas tu umum bermasalah…. … ..

    0

    22
  28. baby says:

    tunguuuuuuuuuuuuuu in 2 years time..siap masuk dalam paper…………….kami ada amassalahhh pas tu panjat tangga mahkamah syariah gitu……..oh artis artis………………..hm kalah artis hindustannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    0

    21
  29. Idung fazura kembang says:

    Tunang.. tiber kawin…tetiber ceraaaaaaaiii….k bye

    0

    15
  30. Joyah pok pek says:

    Taste Fattah memang wanita lebih matang barangkali..dulu pun ngn Sherry Ibrahim beza umur 7 tahun juga…Sherry Ibrahim now 34 same age ngn Fazura…Kedua wanita ni pun jenis low profile x de cm Lofa..kecoh je memanjang…byk benor propa nye..x minat betul ngn perangai Lofa nih…laki nak rapat pun takut dh la kekwat, kaki mengarah,gelak kuat konon2nya cool Dan slumber lah padahal urmhhh..gelang kepala jelah

    4

    0

Leave a Comment

Optional