July 10th, 2017

Selepas gandingan mereka menerusi drama Hero Seorang Cinderella mencetuskan fenomena dan mencatat kejayaan yang agak luar biasa, kini peminat Fattah Amin dan Fazura boleh kembali tersenyum kerana pasangan sensasi ini sekali lagi berlakon bersama dalam drama terbaru Wanita Terindah.

Khabarnya penggambaran drama Wanita Terindah sudah bermula sejak beberapa hari lepas. Untuk pengetahuan anda, skrip drama tersebut ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Fattah sebelum ini ada memuat naik foto skrip drama tersebut di akaun Instagramnya dan ia mendapat sambutan yang agak baik. Semestinya ramai yang menginginkan Fazura menjadi heroin.

Fazura juga semalam ada memuat naik fotonya dengan kapsyen memberitahu beliau membawakan watak Nuryn Nafeesa dan sekaligus mengesahkan beliau adalah heroin drama Wanita Terindah.

Harapnya semoga drama terbaru ini sama hangatnya seperti drama lakonan Fattah dan Fazura sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.


Comments are closed.

Loading...