KPDN Kelantan Siasat Peniaga Baiki Kalkulator Caj RM 30

Berita

KPDN Kelantan Siasat Peniaga Baiki Kalkulator Caj RM 30

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung kes tular melibatkan caj RM30 dikenakan sebuah kedai di Kota Bharu bagi membaiki kalkulator yang dimasuki air.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis kepada peniaga terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut termasuk butiran caj yang dikenakan.

Advertisement

“Sama ada betul atau tidak harga RM30 yang dikenakan untuk membaiki kalkulator, jadi kedai (peniaga) itu perlu kemuka semua maklumat mengenai caj yang dikenakan.”

“Siasatan akan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723),” katanya.

Menurut beliau, setakat ini pihak KPDN belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung isu tersebut dan hanya mengetahuinya selepas ia tular di media sosial.

Caj RM30 Tukar Bateri Kalkulator Pelajar Undang Kritikan, Peniaga Tampil Beri Penjelasan

Terdahulu, orang ramai mempertikaikan tindakan seorang peniaga yang mengenakan caj RM30 kepada seorang pelajar untuk membaiki kalkulator rosak akibat terkena air.

Isu tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang menganggap caj berkenaan tidak munasabah.

Bagaimanapun, pemilik kedai tampil menjelaskan bahawa bayaran itu melibatkan kos servis bagi kerosakan akibat air dan bukan sekadar penukaran bateri semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-21 12:04:43

Caj RM30 Tukar Bateri Kalkulator Pelajar Undang Kritikan, Peniaga Tampil Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...