Konon Wujud Video ‘Mesra’ Bersama Bella Astillah, Muaz Zabir Bersuara – “Cukuplah, Dia Dah Nak Bertunang”

Hiburan

Konon Wujud Video ‘Mesra’ Bersama Bella Astillah, Muaz Zabir Bersuara – “Cukuplah, Dia Dah Nak Bertunang”

Pelakon Muaz Zabir tampil memberikan respons berhubung dakwaan ugutan daripada seorang individu yang mahu mendedahkan video ‘mesra’ melibatkan dirinya dan pelakon Bella Astillah yang kembali menjadi bualan hangat di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Muaz memilih untuk tidak memanjangkan isu, sebaliknya memohon maaf atas kekecohan yang timbul serta berharap orang ramai menghentikan spekulasi berkaitan kisah lalu mereka.

Advertisement

“Masing-masing sudah pun bahagia, seorang sudah bertunang dan saya juga sudah melalui pelbagai fasa kehidupan.”

“Saya mohon kepada semua termasuk netizen supaya kita bergeraklah ke hadapan kerana bumi kita pun berpusing. Tidak mungkin kita hendak berdiri di situ sahaja,” ujar Muaz.

Menurutnya lagi, dia sedar tidak mampu mengawal setiap pandangan dan persepsi masyarakat terhadap dirinya, apatah lagi apabila perkara tersebut melibatkan isu sensitif yang mudah mencetuskan pelbagai reaksi.

“Saya tidak boleh halang apa cerita yang hendak dikeluarkan oleh orang ramai. Kita tahu manusia ada sifat hasad dengki dan iri hati.”

“Jadi, perkara sebegini saya tidak boleh elak. Cuma, saya mengharapkan kita semua buka buku baharu dan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

Muaz ditemui ketika menghadiri acara tayangan perdana drama terbaharunya, Dorm 403 yang berlangsung di Rasta, TTDI. Drama tersebut mula bersiaran pada 15 April menerusi slot Samarinda TV3 serta platform penstriman iQIYI.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abiejam
2026-04-16 11:38:39

Abang Siti Jamumall Tuntut Wang Dari Azar Azmi - "Kau Pernah Ada Hutang Dengan Aku, Hutang Tetap Hutang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...