Isu lama kembali menjadi perhatian apabila abang kepada pempengaruh dan usahawan Siti Jamumall, iaitu Abiejam tampil membuat pendedahan mengenai dakwaan hutang melibatkan pelakon Azar Azmi.
Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa, pelakon tersebut masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 yang dikatakan telah diberikan sejak enam tahun lalu. Menurutnya, bantuan itu disalurkan sebagai usaha untuk membantu Azar memulakan perniagaan termasuk penyediaan barangan serta sokongan untuk siaran langsung di media sosial.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.”
“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.”
“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya.
Dakwanya lagi, dia memiliki bukti berkaitan bantuan yang diberikan dan bersedia berdepan sebarang tindakan sekiranya kenyataan itu tidak benar.
@beautifulnara Semoga segala urusan Azar dipermudahkan! Sumber: aliffsyukriterlajaklaris ? NOTIS ? Video ini bukan milik Beautiful Nara. Kredit diberikan kepada pemilik asal. Jika anda pemilik kandungan dan ingin kredit diperbetulkan atau mahu ia diturunkan, sila DM kami ya. #NaraViral #NaraTrending #azarazmi
“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama,” luahnya.
Tambahnya, sepanjang tempoh enam tahun itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki pelakon berkenaan, namun gagal. Pendedahan dibuat ketika nama Azar kembali menjadi bualan ramai di media sosial.
“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang,” tambahnya lagi.
Dalam masa sama, Abiejam tidak menolak ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik, namun menegaskan Azar perlu tampil bersemuka terlebih dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
