[Konflik YDP N9] : Isytihar Turunkan Tuanku Muhriz Tidak Sah, Menteri Besar Tegaskan Mubarak Tiada Kuasa

Berita

[Konflik YDP N9] : Isytihar Turunkan Tuanku Muhriz Tidak Sah, Menteri Besar Tegaskan Mubarak Tiada Kuasa

Tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir disifatkan sebagai tidak boleh diterima dan tidak diiktiraf.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menegaskan bahawa Mubarak sudah tidak mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungai Ujong, selain tindakannya bercanggah dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Advertisement
Tuanku muhrizSumber : BERNAMA  

Menurut beliau, pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungai Ujong telah dibuat mengikut adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu sejak 13 Mei 2025.

Tambahnya, Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan pada 17 April lalu turut bersetuju menerima keputusan tersebut, selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) undang-undang sama atas 33 kesalahan berkaitan adat dan pesaka.

“Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan ialah berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.”

“Ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS,” katanya.

Aminuddin turut menjelaskan bahawa keputusan seperti ini pernah dilaksanakan sebelum ini, termasuk kes pemberhentian penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14 pada tahun 2016 atas kesalahan berkaitan adat.

Terdahulu, DKU Negeri Sembilan menerima pemberhentian Mubarak susulan sidang khas di Istana Besar Seri Menanti yang dipengerusikan Tuanku Muhriz.

Dalam sidang tersebut, baginda turut menguatkuasakan Fasal 24 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu serta Waris Klana Hulu untuk bersama dalam perbincangan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-20 11:29:49

"58 MRSM Bakal Ada Warden Sepenuh Masa, Guru Tak Lagi Terbeban Tugas Tambahan" - Asyraf Wajdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...