“58 MRSM Bakal Ada Warden Sepenuh Masa, Guru Tak Lagi Terbeban Tugas Tambahan” – Asyraf Wajdi

Berita

“58 MRSM Bakal Ada Warden Sepenuh Masa, Guru Tak Lagi Terbeban Tugas Tambahan” – Asyraf Wajdi

Sebanyak 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dijangka akan mempunyai warden sepenuh masa bermula tahun hadapan bagi memperkukuh pengurusan pelajar di asrama.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan warden itu akan melibatkan bekas anggota beruniform yang melalui proses pemilihan ketat serta latihan khusus.

Advertisement

“Bermula tahun depan, semua 58 MRSM akan ada warden sepenuh masa di kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.”

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, langkah ini merupakan kesinambungan daripada projek rintis yang dilaksanakan sebelum ini melibatkan pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua MRSM sejak Ogos tahun lalu.

mrsm

Tambahnya, tempoh enam bulan pelaksanaan projek rintis itu penting bagi membolehkan pihak penyelidik dari Universiti Putra Malaysia menilai keberkesanannya sebelum laporan penuh dibentangkan.

Jika hasil penilaian menunjukkan impak positif, pelaksanaan ini akan diperluaskan ke semua MRSM di seluruh negara.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan menangani isu disiplin seperti buli, malah membantu mengurangkan beban tugas guru yang sebelum ini turut memikul tanggungjawab sebagai warden asrama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

C sect autism
2026-04-20 11:04:43

"Bayi C-Section Lebih Berisiko Dapat Penyakit Autism, Bukan Sebab Genetik" - Kenyataan Doktor Ini Undang Perdebatan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...