Tular satu video di TikTok mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengamal perubatan mendakwa kanak-kanak yang menghidap autisme atau ADHD kebanyakannya dilahirkan secara pembedahan caesarean (C-section).
Malah, individu tersebut turut mendakwa kaedah kelahiran itu menjadi penyumbang sehingga dua kali ganda risiko autisme berbanding faktor genetik.
Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang reaksi bercampur dalam kalangan netizen dan pakar, dengan ramai tampil tidak bersetuju serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan.
Seorang pakar psikologi klinikal menjelaskan bahawa untuk memahami isu ini, masyarakat perlu mengetahui maksud sebenar autisme.
“Autism is a neurodevelopmental disorder iaitu ada kelainan dari cara perkembangan dan fungsi otak yang akan memberi kesan seumur hidup. Jadi apa yang boleh menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak ni dalam konteks Autism?”
“80% berdasarkan faktor genetik. Sama ada inherited genes, genetic syndromes atau sejarah ahli keluarga ada autism (sama ada diagnosis or terlepas diagnosis).”
Penjelasan tersebut sekali gus menolak dakwaan bahawa kelahiran secara C-section merupakan punca utama kepada autisme, sebaliknya menegaskan bahawa faktor genetik memainkan peranan paling besar.

Dalam masa sama, isu ini turut membuka perbincangan lebih luas apabila ada pihak mengkritik penggunaan kanak-kanak autisme sebagai bahan kandungan atau tujuan pemasaran di media sosial.
Perkongsian tersebut mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan beretika dalam membincangkan isu sensitif melibatkan kanak-kanak serta keadaan perkembangan seperti autisme, selain mengutamakan fakta yang disokong kajian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
