Kes Lafaz Cerai & Rujuk Marissa & Aslam Selesai Dibicarakan – “Mereka Berdua Masih Suami Isteri”

Kehidupan

Kes Lafaz Cerai & Rujuk Marissa & Aslam Selesai Dibicarakan – “Mereka Berdua Masih Suami Isteri”

Perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk membabitkan pempengaruh kontroversi, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid selesai dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Hakim Syarie, Nadiah Khamis mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak dalam prosiding yang berlangsung kira-kira satu jam sebelum pasangan itu dilihat keluar dari kamar mahkamah sekitar jam 12.30 tengah hari.

Advertisement

Bagaimanapun, keputusan berhubung status perkahwinan mereka belum dimuktamadkan dan akan diputuskan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan mahkamah.

Peguam syarie yang mewakili pihak suami, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memaklumkan perbicaraan berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada kedua-dua pihak.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan belum boleh dikongsikan buat masa ini kerana ia akan diumumkan secara rasmi oleh mahkamah pada tarikh akan datang.

marissa dania aslam

“Buat masa ini, keputusan belum boleh dikongsikan. Kita hanya boleh nyatakan perbicaraan sudah selesai dan keputusan akan ditentukan pada satu tarikh yang akan datang.”

“Kita doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, selagi mahkamah belum membuat keputusan rasmi, status pasangan tersebut masih kekal sebagai suami isteri.

Mengulas mengenai dakwaan hasrat untuk bercerai yang pernah dikongsikan sebelum ini, beliau berkata setakat ini tiada pemfailan kes baharu berkaitan perceraian oleh pihak Marissa.

“Saya tidak pasti mengenai perkara itu, namun setakat ini tiada maklumat berhubung pemfailan kes baharu.”

“Apa yang penting, kedua-dua pihak sudah mendapatkan nasihat sewajarnya dari sudut undang-undang dan hukum syarak,” katanya.

Pasangan ini sebelum ini turut menjadi perhatian apabila berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, ketika Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada isteri pertamanya, Umisya Mazlan, tanpa pengetahuan keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-29 11:10:12

Dikecam Sibuk 'Berendut', Space Dollah Pertahan Syed Saddiq - "Salah Ke Dia Nak Happy?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...