Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil bersuara susulan tular kenyataan berbaur peribadi yang menyentuh kehidupan adiknya.
Menerusi ciapan di Threads, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah membidas pihak tertentu yang didakwa menjadikan hal peribadi sebagai bahan politik.

“Salah ke dia (Syed Saddiq) nak happy pula? Itu pun nak dipolitikkan,” luahnya.
Isu tersebut timbul selepas kenyataan daripada pihak Perikatan Nasional (PN) melalui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dilaporkan berhasrat merampas kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.
Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, kesiapsiagaan jentera parti sedang diperkukuh lebih awal bagi menghadapi persaingan politik yang dijangka sengit.
“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.”
“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah,” katanya.
Kenyataan tersebut mencetuskan reaksi pelbagai pihak, terutama apabila melibatkan unsur peribadi dalam wacana politik, sekali gus menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
