September 10th, 2012

Mizz Nina hari ini menerusi portal Murai telah mempersoalkan mengapa baru sekarang persembahannya untuk sebuah syarikat arak dipertikaikan. Ini adalah respons darinya susulan entri Ning Baizura dan Mizz Nina terlibat dengan persembahan Arthur’s Day yang Abang Nara keluarkan semalam. Menurut Mizz Nina, ini adalah tahun ketiga dirinya membuat persembahan bermula sejak tahun 2010.

mizz nina arak

Malah menurut Mizz Nina, keluarganya telah pun mengetahui tentang persembahan ini dan bersetuju dengan penglibatannya. Kata Mizz Nina:-

Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini. Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu. Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya.

mizz nina

Sebenarnya Abang Nara sendiri telah pun mempersoalkan penglibatan Mizz Nina di dalam konsert syarikat arak ini sejak tahun 2010 lagi. Semalam bukanlah kali pertama Abang Nara membangkitkan isu ini. Namun kalau keluarga Mizz Nina sendiri sudah bersetuju dengan penglibatannya, siapalah kita ini untuk mempersoalkan tindakan Mizz Nina membuat persembahan. Semoga persembahan Mizz Nina berjalan dengan lancar pada 28 September kelak. Good luck and all the best.

serunding

P.S: Adakah anda akan membuat open house hujung minggu ini? Apa kata jamu tetamu-tetamu anda dengan serunding Nara yang memang dijamin kelazatannya. Pasti open house anda akan lebih meriah lagi. Email ke [email protected] untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.


154 responses to “Kenapa Baru Sekarang? – Mizz Nina Respons Isu Persembahan Sempena Arthur’s Day”

  1. ygadil says:

    Orang yang paling rugi ialah orang jahil dan sombong….
    biarlah dia…dengan cara hidup dia tu, terang-teranglah dia pilih nak masuk neraka….kecuali dia bertaubat….jadi kita ni x payahlah support artis yang dah teruk sangat aqidah nye…nauzubillah…..kesian kat dia n ibubapanya yang didik anak jadi macam ni…

  2. Anonymous says:

    artis macamni tak boleh pegi jauh. dulu ada artis tu cakap mak pak dia pun tak kisah dia nak pakai macam mana (sebab dia ditangkap pakai pakaian tak senonoh……. panjang lagi lah ceritanya). lepas tu terus nama dia malap sampai sekarang pun dah tak naik2

  3. krik krik says:

    biarlah dia..dosa dia..dia yg tanggung..lagipun miss nina ni dah besar..dah boleh pikir kan..yg korang ckp2 pasal hukum tu buat apa..aku rasa miss nina tu tahu dah weyh..pelah korang ni..chill sudah..

  4. ding dong dantes says:

    wah, dasat banget…agi idup agi ngelaban nih…nanti tanya lak, kenapa sekarang mesti ambil nyawa aku Tuhan? aku belum ready lagik nih…uwaaaaa….

  5. Pak Mat says:

    Xyah citer la halal ke haram.. biala dia dgn kerjayanya… akhirat nanti jawablah.. yg pentg kita da nasihat kan.. lepas da tggjwb kita

Loading...