Kenapa Baru Sekarang? – Mizz Nina Respons Isu Persembahan Sempena Arthur’s Day

Hiburan

Kenapa Baru Sekarang? – Mizz Nina Respons Isu Persembahan Sempena Arthur’s Day

Mizz Nina hari ini menerusi portal Murai telah mempersoalkan mengapa baru sekarang persembahannya untuk sebuah syarikat arak dipertikaikan. Ini adalah respons darinya susulan entri Ning Baizura dan Mizz Nina terlibat dengan persembahan Arthur’s Day yang Abang Nara keluarkan semalam. Menurut Mizz Nina, ini adalah tahun ketiga dirinya membuat persembahan bermula sejak tahun 2010.

mizz nina arak

Advertisement

Malah menurut Mizz Nina, keluarganya telah pun mengetahui tentang persembahan ini dan bersetuju dengan penglibatannya. Kata Mizz Nina:-

Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini. Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu. Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya.

mizz nina

Sebenarnya Abang Nara sendiri telah pun mempersoalkan penglibatan Mizz Nina di dalam konsert syarikat arak ini sejak tahun 2010 lagi. Semalam bukanlah kali pertama Abang Nara membangkitkan isu ini. Namun kalau keluarga Mizz Nina sendiri sudah bersetuju dengan penglibatannya, siapalah kita ini untuk mempersoalkan tindakan Mizz Nina membuat persembahan. Semoga persembahan Mizz Nina berjalan dengan lancar pada 28 September kelak. Good luck and all the best.

serunding

P.S: Adakah anda akan membuat open house hujung minggu ini? Apa kata jamu tetamu-tetamu anda dengan serunding Nara yang memang dijamin kelazatannya. Pasti open house anda akan lebih meriah lagi. Email ke [email protected] untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...