Written by AbangNara | September 10th, 2012

Mizz Nina hari ini menerusi portal Murai telah mempersoalkan mengapa baru sekarang persembahannya untuk sebuah syarikat arak dipertikaikan. Ini adalah respons darinya susulan entri Ning Baizura dan Mizz Nina terlibat dengan persembahan Arthur’s Day yang Abang Nara keluarkan semalam. Menurut Mizz Nina, ini adalah tahun ketiga dirinya membuat persembahan bermula sejak tahun 2010.

mizz nina arak

Malah menurut Mizz Nina, keluarganya telah pun mengetahui tentang persembahan ini dan bersetuju dengan penglibatannya. Kata Mizz Nina:-

Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini. Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu. Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya.

mizz nina

Sebenarnya Abang Nara sendiri telah pun mempersoalkan penglibatan Mizz Nina di dalam konsert syarikat arak ini sejak tahun 2010 lagi. Semalam bukanlah kali pertama Abang Nara membangkitkan isu ini. Namun kalau keluarga Mizz Nina sendiri sudah bersetuju dengan penglibatannya, siapalah kita ini untuk mempersoalkan tindakan Mizz Nina membuat persembahan. Semoga persembahan Mizz Nina berjalan dengan lancar pada 28 September kelak. Good luck and all the best.

serunding

P.S: Adakah anda akan membuat open house hujung minggu ini? Apa kata jamu tetamu-tetamu anda dengan serunding Nara yang memang dijamin kelazatannya. Pasti open house anda akan lebih meriah lagi. Email ke [email protected] untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

154 responses to Kenapa Baru Sekarang? – Mizz Nina Respons Isu Persembahan Sempena Arthur’s Day

  1. arief says:

    hidup islam!

    0

    0
  2. Sedarlah says:

    mu tau tak halal haram Mizz Nina??.. mu menyanyi kat situ, dapat gaji hasil jual minuman arak, mu ingat halal ke minuman tu??.. hasil dari jualan arak, jadi gaji mu, pastu jadi makanan. .. fikirlah dulu… memalukan agama yang mu bawa.. better persoalan sekarang,.. dah kena bala baru nak sedar ke?.. ish3.. jeng kreenggg manusia.. -_-“

    0

    0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      BESELAH… ORG YG TELEBIH BANYAK DUIT & BERLAGAK PANDAI NI BIASANYA PANTANG DITEGUR WALAUPUN DAH TERANG2 BENDA YG DIA BUAT TU X BETUL! KITA DH JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA UTK MENEGUR SELEBIHNYA TERPULANG PADA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA.. NANTI KAT AKHIRAT JANGAN CKP MASYARAKAT XDE MENEGUR..

      0

      0
      • ONE says:

        NAK TEGUR ORG P PKAI TDUNG DULU NOH
        DIA PUNYA DOSA KO KENA TNGGUNG KA YG SIBUK2 NAK NSIHAT ORG TU ,diri sendiri pon x brada di jalan yg betoi lgi…CERMIN DIRI DULU KAK CHAM OIIIII!!!

        0

        0
  3. Daku says:

    jngn berurusan dngn org ‘bijak pandai’

    0

    0
  4. fafa says:

    Kesiannya… Duit nak byr persembahan tu dr mana? Kalo dr penjualan arak bkn ke haram… Wallahualam…

    0

    0
  5. arak haram says:

    tetap je prsembahan tu utk party arak mizz nina oiii
    Masih lg nk tegakkan benang basah

    0

    0
  6. Elie says:

    pabila duet menjadi ukuran..biasenya company arak nie bayar mahal

    0

    0
  7. Honeybee says:

    Errr….tau tak income tax paling banyak bayar dari syarikat arak….judi casino semua….so,kenapa tak mempertikaikan bila dapat bonus dari kerajaan?hmm…kalau korang boleh accept bonus? Kenapa tak dier?

    0

    0
    • Tak paham says:

      Income negara mmg bercampur baur dgn hasil arak dan judi, so tade masalah pun. Tp kalau dah duit hasil persembahan kat company arak, tu mmg terang2 hasil arak. Mmg sah dan nyata HARAM.

      0

      0
      • jas says:

        memang betul semua bisnes dlm negara termasuk magnum, guiness, genting blabla jadi income kpd negara tetapi itu semua dikawal secara langsung oleh kerajaan..kita sbg rakyat xde direct access nak ubah polisi..sama jugak staff bank yg terlibat dgn interest tapi mereka hanya sekadar pekerja dan tdk terlibat secara langsung dgn polisi2 mengenai bisnes bank..tapi kes mizz nina & ning dorang ada direct access control dr terlibat dgn pihak penganjur berunsur perniagaan arak dsb..so mizz nina & ning boleh tolak offer tersebut..tapi disebabkan oleh bayaran lumayan rambang mata..ning mungkin duit x cukup laki dia kerja biasa tapi mizz nina ni anak jutawan yg masuk list salah seorg terkaya m’sia tiap2 thn..masih x cukup lagi apa yg ada?!

        0

        0
    • butahati says:

      nampak sangat kurang didikan agama..balik p blajaq balik..maaf kalau terasa..tapi untung menyedarkan :)

      0

      0
    • mak jemah tak berapa jemah says:

      Kesimpulannye kau nak suruh aku keje kat sykt swasta ke?

      0

      0
  8. Lynn says:

    One word .. Stupid!!

    0

    0
    • marc says:

      and another word…. arrogance

      0

      0
      • maya karin says:

        dah le bodoh.sombong pulak tu. pelik betui aku dgn laki dia ni..tak pernah tego ke bini dia ni…baju kain x cukup, tergedik2 bergaya kalah omputeh, wat show kat tmpt arak..ape dayus bebeno laki dia ni..kesian..berat la hang dok tanggung dosa bini hang noh oi…kesian…

        0

        0
      • Anonymous says:

        and the other word..ignorance

        0

        0
  9. Hantu Kak Limah says:

    inilah susah kalau dalam sebuah institusi keluarga kurang didikan agama. Yg keluarga pun menyokong..kita org luar nak menegur pun serba salah. Btw…doakan dia faham motif yg kita tegur sebenarnya.

    0

    0
  10. SALLY says:

    Banyak la alasan minah celup ni.
    Ko tetap menyumbang sesuatu untuk syarikat arak tu minahh hooii…!
    Tak kira la sbb dah berkait dgn syarikat arak.
    dah sengkek jobs ke, sampai yg haram pun nak sauk!!??

    0

    0
  11. urrrmmmmm says:

    knp ea dy cm mempertahankn jep ,walaupun tak hidang arak time dy nyanyi ,same jep haram nye ,sbb dpt duet dari hasil jual arak ,sedih nye ,,,simpati org yg mcm ni ,,,

    0

    0
  12. mizz muslimah says:

    Tahniah kepada beautifulnara kerana prihatin mengutarakan perihal ini. Kerana itu adalah tggjawab kita sebagai umat islam. Walaupun keluarganya mengizinkan, kita sebagai umat islam wajib menegur. Sekurang2nya kita telah menjalankan tggjwb kita. Mudahan beliau sedar akan perbuatan nya. Mudahan beliau sedar yg teguran org yg bukan keluarga nya bukan bertujuan membinasakan nya malah menyelamatkan nya. Nauzubillah..

    0

    0
  13. dik nun.. says:

    terlampau bijak sgt ini lah jadinya…Astargfirullahalazim…suami sah2 dpt saham skali….

    0

    0
  14. . says:

    Hmm ni laa kalau dah terlalu ikut gaya barat

    0

    0
  15. . says:

    Hmm ni laa kalau dah terlalu ikut gaya barat,,
    # abangNara tolong buang iklan sblah ni,menyemak taw tak menyemak.
    rase macam nak tumbuk2 je lappy ni haa

    0

    0
  16. im a muslim says:

    oohh mung tok approve komeng kawe Nara, mung nok perap la ye, nak bacer sorang2? mih3x…. (yes i am a kelantanese too, tp daerah dirahsiakan). sape laa tukang moderate komen kat BN ni, dah kalu komen sampai 500-600 u all moderate jugak ke *takde keje mih3x*.

    0

    0
  17. si hitam manis says:

    abang nara.. saya rasa miss nina itu bukan nye tak tahu tentang hukum halal haram. baik ke abang nara ni yg mcm gini… sekolah kan miss nina.. jgn lah aib kan orang abang nara. yang abang nara promosi kan event ini apa hal… dari orang tak tahu dah jadi tahu.. kan baik post benda islamiah.. yang orang tak tahu boleh jadi tahu. terima kasih abang nara. post kan lah yang baik2 yg tak baik letak lah tepi. okeyyyy…. kalau nak tegur nasihat pada yang kena… abang nara face to face aje. atau call. tak payah nak post… abang nara ni ada tanduk juga. tapi tak nampak.

    0

    0
    • xnak mjlis grand says:

      ape kau merepek ni. jgn nk wat komen mcm jahil

      0

      0
      • si hitam manis says:

        baik lah abang nara provok syarikat itu. dan yang ramai2 ini bantah muslim terlibat. dan kita bela saudara kita miss nina dan ning baizura. kalau kita yang ramai ini tak sokong syarikat itu.. dan syarikat itu tahu kami semua muslim perihatin.. miss nina dan ning baizura sure tak dpt tawaran. mari lah ramai2 selah syarikat tersebut. mari lah abang nara. sayang miss nina dan ning baizura saudara islam kita.. walaupun dia jahil dan angkuh dia saudara seislam kita..

        0

        0
  18. Anonymous says:

    ape pendapat anda…tak gitu.?

    0

    0
  19. honda says:

    lantak ko le..bkn sedap pon lagu2 ko…kui3~

    0

    0
  20. im a muslim says:

    semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan juga kpd kita

    0

    0
  21. sayang kak senduk says:

    erm,tukang sapu kt kilang arak pon dapat syer neraka sama jgk dgn pmilik kilang arak trsebut..nohnoh..oh noh,cube ler ko tegur bini ko ni

    0

    0
  22. Rambo says:

    “Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya ”

    riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

    0

    0
  23. nicky says:

    suara autotune pn nk nyanyi kat konsert gak ke?

    0

    0
  24. marc says:

    oooh, keluarga dia dah tahu…. tak apalah. silakan, silakan

    0

    0
  25. marc says:

    knp baru sekarang??? sekaranglah, sementara masih hidop. kalau dah mati, nasihat pon tak guna.

    0

    0
  26. lolipop pedas says:

    Kalo dia rasa dia islam,dia patut tarik diri..kalo dia nk kepastian,dia gi tanya ustaz2 yg lg tau hukumnye..dlm al-Quran sendiri dh tertulis pe hukumnya..dia boleh ckp cmtu..boikot je artis cmni! jangan jd mcm negara jiran kte yg mengenepikn isu agama…menteri kesenian & kebudayaan patut mik tindakkan sewajarnya.. abg nara,ptt tghkn isu ni..

    0

    0
  27. Lagubestbest says:

    Maher Zain InsyaAllah Ada Jalan kata..

    Ambil dua gelas kaca, isi satu dengan air bersih, isi satu lagi dengan air kotor. Kemudian, tuangkan kedua-dua isi gelas tadi bersama kedalam gelas ketiga. Dapatkah kita bezakan yang mana satu air bersih dan yang mana satu air kotor dalam gelas ketiga?

    0

    0
    • Mira says:

      Terima kasih atas metaphora itu. Tapi bagi lah penjelasan supaya orang lain dapat pencerahan. Kita pun taktahu awak merujuk perkara apa dalam metaphora tu. Boleh mislead tau. Baik explain.

      0

      0
  28. Lulu Lala says:

    Harap mizz nina paham yg kami menegur tak kisah setahun lepas ke .. 2 tahun lepas ke.. biarla lambat menegur asalkn kami menegur.. maka terlepas la kami dari tanggung jawab menegur… apa2 kaitan dgn arak… contonya bw lori arak… tukang supplier botol arak.. cop arak ke… asalkn berkaitan hukumnya berdosa… mizz nina ckp die tak hidangkn arak mase wat persembahan tp still konsert tuh berkenaan arak yg mmg terang2 berdosa… tp rasenye nyanyi kt konsert biase2 pun berdosa kn… harap pertimbangkn la… mase muda2 ni la nk wat amal… esok da tua2 da saket… sekadar tegur menegur mmg tanggung jawab semua muslim
    …. minta maaf kalo ada tersilap kata…

    0

    0
  29. neehala says:

    org menegur sekarang sebab kau masih hidup. kau boleh jamin 100% kau boleh hidup sampai tua untuk bertaubat? kau 100% berani jawab macam ni dalam kubur kau nnti? kami yang menegur ni takut.. sebab kami menegur saudara sesama islam..bukan kau sorang saja yang kami tegur.. tapi org lain juga termasuk ning baizura.. jangan ingat orang nk menjatuhkan kau kalau tegur kau buat silap…

    0

    0
  30. Den says:

    Mgkn dia xfhm lg kot psl 10 golongan yg dilaknat dlm urusan arak ni… Cer abg nara buat entri psl arak ni… Hehe

    0

    0
  31. hurm says:

    cmne org yg keje dkt genting tu? tahukah anda bahawa, keseluruhan keuntungan genting tu dari duit yang haram, ini diakui oleh accountant manager die sendiri masa member sy interview..lps tu trus cancel keje genting~

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Misz nina,organizer dah obviously memesongkan akidah org2 islam ngan cara ambik artis yg nipis imannya utk turut serta lam acara mcm ini. Secara peribadi aku rasakan benda nie lagi serius dari kes penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim sbb pemesongan akidah ini dilakukan secara tak langsung oleh artis beragama Islam tue sendiri. Ini bleh bg impak sgt negatif kat org Islam sbb kita mudah ikut pa artis wat daripada pa ustaz2 suoh wat.
    Teorinya mudah jer, bila artis melayu Islam turut membuat persembahan lam acara sebegini, ini secara tidak langsung mengajak lagi banyak org ikut serta program cam nie walaupon terdapatnya garis panduan mengatakan bahawa non-muslim tidak dibenarkan masuk, tapi kena ingat, dlm urusan business, organizer mana mungkin menidakkan kemasukkan org melayu islam kalau kehadiran mereka menguntungkan business mereka. Lagi banyak sambutan makna untung lagi banyak. Cuba tgk board of director utk syarikat Carlsbeg, berapa banyak org Islam yg kaya raya jd shareholder utk syarikat arak tue?
    Please la Misz Nina maupon Ning, jgn la libatkan dgn acara arak nie walaupon dorang tak bagi arak bg ko minum tp ko cubalah guna akal yg Allah bagi dan pikir dalam skop yang lebih luas. Pikir akidah org Islam2 kat luar sana yg dah terpengaruh ngan perangai buruk ko tue.

    0

    0
  33. Anonymous says:

    semak la iklan niii..

    0

    0
  34. Anonymous says:

    Dpt duit buat show dari company yg jual arak? So duit tu halal ke haram? Simple thing pun takleh nak pikir…?

    0

    0
  35. zaza says:

    to mizz nina..walaupun persembahan tidak dihidangi dgn arak namun sbg org Islam kita patut tidak melibatkan diri dgn pkr2 yg boleh mdtgkan syak wasangka org..sumber rezeki itu juga company arak yg bayar dr hasil jual arak..so,duit kamu tetap haram..tp tulah sbg org Islam saya cuma dapat tegur kptsan tetap d tangan anda…harap anda mdpt hidayah dariNya satu hari nanti InsyaAllah..

    0

    0
  36. Hmm..ntah laaa says:

    Artis2 mcm ni dorg pikir rakyat mesia ni jahil mcm dorg kot..tu psl bg alasan yg mmg bdk skola rendah pun bley tau mmg tetap haram sumber duit tu..unless dia wat show tu FOC..tp xmungkinlah kann….

    0

    0
  37. Anonymous says:

    Apadahal… Keluarga dia pun menjalankan urusan yang berkaitan riba. Riba terang terangan haram dalam Islam. So keluarga dia memang lah tak kisah setakat dia nak buat show untuk syarikat arak.

    0

    0
  38. Prince Noob says:

    watever la mizz nina… kalau org dah tegur tapi masih tak boleh terima… lantak ko la… lagipun yelah, dapat restu keluarga = so dah halalkan membuat dosa… masing2 dah besar panjang… takkan nak kena tegur lagi

    0

    0
  39. nobadinobadibaccu says:

    noh hujan tu baik orangnya.ujian pd dia dpt isteri mcm ni.semoga Allah bg hidayah pd mizz nina dan kekuatan pd noh utk mendidik keluarganya ke jalan yg diredhai.ameen…….

    0

    0
  40. geramnyeww says:

    plizla jgn tunjuk kau tu jahil sgt la pompuan!! org tegur amik berat bkn nk tutup periuk nasik ko..pakguard kat kilang arak pon dapat saham neraka ape lagi ko tkinja2 utk arak tu..hope sempat bertobat,tetibe jadi keras atas stage tu xde fmily ko nk tlg pon…beringatlahhh!!

    0

    0
  41. mie..... says:

    Soal dosa dan pahala jgn dipermainkan…. rujuk orang yang lebih bijak jika tidak faham…..

    0

    0
  42. uryuu says:

    Harap jabatan agama islam ambil tindakan terhadap artis2 sebegini kerana terang-terangan bahawa segala aktiviti yg bersangkut paut dgn arak adalah haram di sisi islam. Pihak2 berwajib sila bertindak

    0

    0
  43. MKH says:

    even org Islam potong rumput kat kilang arak pon x bleh, ni kan pulak menyanyi.. klu Allah turunkan bala, bukan ko sorang je yg kena Miss Nina.. semoga terbuka hati utk tarik diri

    0

    0
  44. gambit saifullah says:

    mizz nina kne ngaji lagi neh..klau da bende2 berkaitan arak 2 sah2 la haram kak hoiii!

    0

    0
  45. Mak jemah pemalu says:

    10 golongan yang terlibat dgn arak….1- Yang memerahnya 2- yang minta diperahkannya 3- yang meminum 4- yang membawa 5- yang minta dihantari 6- yang makan harganya 7- yang menuang 8- yang membeli 9- yang minta dibeli 10- yang menjual…Sebab tu Al Quran menyebut, arak IBU segala maksiat…

    0

    0
  46. Anonymous says:

    ok…anda sume dah jalankan tanggungjawab sesama Muslim.dh bagi nasihat,tp klu dia tetap dengan keputusan dia,terpulang lah.tiada apa yg blh kita buat & kita tk berdosa pun sbb nya masing2 dah menegur…. Good Luck la nina oiiiiiiiii

    0

    0
  47. ada mata yang memerhati says:

    “Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya”.
    kalau keluarga dia tahu apa yang die buat…so???
    Maaflah nk ckp Mizz Nina..benda yang salah tetap salah even family u dah tahu…memang u just buat persembahan…opsss…pra persembahan katanya…tp,apa yg u buat tu dah dikira menggalakkan benda yang haram..ARAK tu hukumnya HARAM diminum/dimakan…betul u X AMIK ARAK tu..tp..u dah buat persembahan tu kira u dah menggalakkan anak muda sekarang ni pergi menyambut hari yang bukan hari Islam..as u know,remaja sekarang ni mengikut apa sahaja artis yg lakukan..u pakai sesendat,senipis,sependek mane pun peminat ikut u..then,u join majlis mcm tu,org pn akn ikut u…bagi peminat, u tu adalah idola mereka..
    sebagai artis yang beragama Islam, tolonglah..bawak imej yang baik utk peminat u..
    Please la Mizz Nina..fikir balik…org tegur u untuk kebaikan dunia akhirat u..
    Peace..

    0

    0
  48. sofea says:

    ikut kata nabil ” lu pkirlah sendiri ” tegur ke tak tegur ke. sama je. buat persembahan SAHAJA. rupanya yang tinggi ilmu belum tentu tinggi imannya.. xpaham bisaaaa

    0

    0
  49. ain hawau ni says:

    kenapa baru sekarang? sebab dulu orang tak kenal pun ko mizz nina oi.
    patut ko berterima kasih sbb ada orang yang tegur, itu maknanya orang sayang kat ko.

    kita semua dah tegur, tanggungjawab kita sesama muslim dah terlepas, lepas ni terpulang la mcm mana suami mizz nina nak bimbing dia…

    0

    0
  50. zura says:

    apa sahaja yang datang dari hasil haram,hukumnya tetap haram..

    0

    0
  51. datin maimon says:

    aiiiiii, MN, kata international sangaaaaaaaaaaat, dah takde job sangat ker??? eeby yus & yus jambu tu pun tin mon rasa lagi laku dari khaw…. awwwwwzzz… nak buat breakfast Dato’ Haris hubby i jap, i pose 6 ari ni….

    0

    0
  52. Saye says:

    Abang Nara : “Semoga persembahan Mizz Nina berjalan dengan lancar pada 28 September kelak. Good luck and all the best.”
    ???????

    0

    0
    • kamu says:

      abg nara perli mizz nina tu..dah mizz nina tu bengap sgt kan..org bg nasihat utk kebaikan die x nak dengar,persoalkan pula..tu la akibatnye buat kerje haram,makan benda haram n ahkirnye gelap hati.

      0

      0
  53. Ha says:

    lantak ko la Mizz N..kita org semua dh nasihat tpi kalau ko x nk dgr…lantak la..ko tu dh bsr n dh tahu y mana brdosa atau tidak..paling tidak pn nt ko akan jawab..KUBUR MASING2..nk suruh husband dia nasihat tkt husband dia pn 2 x 5..5 x 2..

    0

    0
  54. dhia says:

    ermm..keja kt 7e pun sama gak jual arak!!!

    0

    0
  55. to mizz nina says:

    berani ke mizz nina bagi alasan macam tu depan Allah nanti??
    makan benda shubahah = gelap hati
    noh hujan = lelaki dayus
    tqvm

    0

    0
  56. nor says:

    agak terserlah kebodohan dan kejahilan mizz nina ni dalam bab agama kan…urmmm dah la nara tak payah bagi nasihat or tulis apa2 artikel pasal mizz nina yang kunun urban ni…baru duet dgn artis amerika dah bajet urban n international habis lah tu…eiiii meluat haha

    0

    0
  57. TAK BODOH says:

    JAWAPAN PALING BODDDDOOHHH PERNAH KU DENGAR..ANAK ORG BPENGARUH TAPI SYG HIDUP TAH KE MANA

    0

    0
  58. roses says:

    ABG NARA TOLONG REMOVE IKLAN FILEM MIG YG TAH APE-APE NIE..MENYUSAHKAN ORG LA NAK VIEW..BUAT IKLAN STATIK DAH LA..NIE ADE MOUSE OVER PLAK..TENSEN LA CMNIE..

    0

    0
  59. DIANZA says:

    Ya Allah,
    Takde rase bersalah ke dihati Mizz Nina ni ye??bawa mengucap banyak-banyak…ajal kita ni tak tau bila..kot2 tengah buat persembahan anjuran company arak tu macam mana MIzz Nina….

    0

    0
  60. Intan says:

    Manusia takan kekal jahil selamanya kan. :D

    0

    0
  61. anis says:

    org kaya janji dpt duit ..tk kira halal haram…mak bapak & laki sama aje tak tahu hukum hakam..anak dh nk jadi omputih…baik tukar warganegara duk kt us ke…perasaan lawa lah tu…kesimpulannye…salah mak bapak & laki yg dayus (mgkin dia pun tk tahu hukum)…sekluarga dh biasa dgn arak ni sbb tulah mcm tak apa aje…apa pun bkn bagus sgt si nn tu…perasaan lebih…

    0

    0
  62. Azroy says:

    Takpe mizz nina..tapi masa buat show tu jangan lupa minum arak..kasi laku sket, kalau time raya next time jangan lupa kasi hidang beer kat tetamu..halal apa kan sebab rezeki halal..

    0

    0
  63. Saya hanya hambaNYa says:

    inilah jadinya bila agama hanya ada pada hari² tertentu sahaja :
    1) Maulidur Rasul
    2) Awal Muharram
    3) Bulan Ramadhan
    4) Nuzul Quran
    5) Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha

    0

    0
  64. aku tahu says:

    sapa kata mizz nina x minum arak.. tnya org yg dekat dgn dia.. tq

    0

    0
  65. Saya hanya hambaNYa says:

    dan lagi satu…

    pada waktu nikah…

    0

    0
  66. awang hitam says:

    Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya. ” bagus lar, family borek, anak rintik.. mana tak tumpah nye kuah kalo tak ke mee nye… dh asas agama takde dlm keluarga ni lar jadinya.. yg si suami pon sama, macam lembu cucuk hidung.. mizz nina ni dri gaya pon dh tau, queen control.. anak org kaya kan.. so ‘bagak’ gile.. kesian.. dh bodoh+sombong plak tu… hiduplar ko dgn duit haram tu..

    0

    0
  67. lantakpilah says:

    cakap sini mmg tak guna. yg penting event tu dah dapat kelulusan kerajaan. so ? back to basic. this is so called modern malaysia. abes jahanam semua anak2 muda. benda dah jadi baru nak bunyik. tak ada siapa pun nak bendung benda mcm ni dari awal. oh ye, kilang arak terbesar kat mana eh? MALAYSIA !!!

    0

    0
  68. buta says:

    biar buta mata jangan buta iman…nauzubillahiminzalik!!!

    0

    0
  69. mizz nano says:

    Mizz Nina, dpt izin dari family, tapi family tak jamin dpt tlg cover kat akhirat nanti. Bukan family yg bg rezeki, kemewahan, ketenangan, kecantikan, kesihatan, tapi Allah. Harap dpt hidayah. Amin

    0

    0
  70. APTB says:

    hurm kesian kt noh. dia sibuk wat kebajikan tolong bantu insan-insan yang dalam kesusahan. ada juga nak bercerita psl agama. sebut alhamdulillah, assalamualaikum. tp si isteri… semoga Allah beri kekuatan pd Noh utk bimbing n tarik isteri dia ke jln Allah dan semoga Shahrina Azman dpt petunjuk dr Allah SWT.

    0

    0
  71. Tau says:

    Mizz Nina hanya perform sahaja. Dia x ambil apa2 bayaran. Ini hanya untuk lebarkan sayap dia shja..

    0

    0
  72. yuyu says:

    lalu berzakat lahh…..

    0

    0
  73. kak izan says:

    suaminya dulu dikaitkan dengan identiti Freemason (one of the kind Dajjal). sbb pakai tshirt ada lambang benda tu. Gosip kata Noh ni perangai pun tak berapa elok. Amalan tak tahu la. Ni timbul kisah isterinya pula. Tepuk dada tanya selera guys..

    0

    0
  74. gedebuih says:

    kalo dah jenis family kaki togok arak, anak nak buat persembahan pasal majlis arak pun xjadi hal..elok la tu, satu family ada saham dosa arak ni..yang laki nya si Noh Hujan tu, baik lu nasihat kan bini lu yg dah tak ada rupa Islam tu, takut kang jadi dayus plak..Semenjak rapat ngan artis2 international ni, halal haram pun dah xreti nak beza..

    0

    0
  75. ONE says:

    HAMPA BUKAN NASIHAT TAPI MAKI ORANG
    NASIHAT GUNA AYAT BERBUDI BAHASA TAPI HAMPA GUNA AYAT BODO HAMPA
    BODOH BETOI

    0

    0
    • TWO says:

      Ko lagi la bodo,..mengalahkan unta lebanon..ingat nasihat hanya mengandungi bahasa sopan je ke? bodo ikan masin

      0

      0
  76. Ariffin says:

    you all semua hipokrit.
    apa yang kau buat semua ada kaitan dengan benda haram, tau? kalau melayu kerja di kedai jual arak, nak tak nak, gaji nya ada kaitan dengan duit dari jalan arak. so what you all talk. keep quiet better. if this cannot , that cannot, you all semua tentu ada yang tak ada kerja dan tak ada gaji. think a bit lah ! don’t kondem mizz nina like that. she works hard. why you all jeles?

    0

    0
    • Ariffin Sengal says:

      Sebab tu kita berusaha mencegah daripada terima azab kat kubor, dah nama Islam buat la cara Islam, hebat sangat kah kita nak buat Allah SWT tu murka? yang keje kat kilang arak tu apsal? macam la perniagaan lain tak ada..dari keje kat kilang arak baik keje kat kilang air oren..apa ko ingat kalau kilang arak takde kat malaysia..malaysia akan bangkrap? ko ni memang mabuk..dan bodoh piang..

      0

      0
    • Anonymous says:

      sia2 nama ko ni ariffin “org2 yg arif”

      0

      0
    • ariffin islam ke? says:

      “if this cannot,that cannot, you all semua tentu ada yang tak ada kerja dan tak ada gaji” ?
      hello en ariffin…this cannot,that cannot tu sape yg suruh?Allah yg suruh tau.
      Allah yg jadikan kita, so Allah tau mane yg baik dan mane yg buruk bg setiap ciptaanNya. dan 1 lagi, setiap makhluk ciptaan Allah dah ditentukan rezekinya.kenapa en ariffin tak percaya pada Allah?

      0

      0
  77. aku_amuk says:

    jgn la kolot sgt..bnda2 cmni mmg trend la skrg..korg ni mcm dok dlm utan la..pelik aku..

    0

    0
  78. Anonymous says:

    Boleh pula si Nara ni wish the best kat Mizz Nina. Nak dapat saham sekali ke?

    0

    0
    • Nara Sengal says:

      Nara ni sengal yoww..esok lusa kuar la paper nara gaduh ngan si neloofa..tak pasai2 abang nara glamour yowww..

      0

      0
  79. jojo says:

    nak buat macam mana…ayah makan duit riba’. pas tu anak lak makan duit hasil jualan arak..isk. bawak bertaubat la, sebelum terlambat.

    0

    0
  80. Unta Turbo says:

    aku baca komen dia yg aku phm 1 family still cetek agama. ni la artis kita……………

    0

    0
  81. AriffinK says:

    Beautiful Nara adalah blog dunia penghiburan di Malaysia dan lain2 negeri. Saya fikir bagus kalau BNara fokus aje pada apa yang BNara is best at, an entertainment blog. Kalau pembaca blog ini ada nak binchangkan berkenaan moral atau kekurangan artiste2 dll di bidang agama, suruh lah mereka cari blog lain untuk mulakan perbualan dan diskusi. Tentulebih hebat kalau forum nya berkena. Sikap pengkomentar yg mengutuk dan mencaci artiste dan famili mereka dengan cara personal, adalah sikap yg sudah tentu di kejamkan. Kalau mereka nak tunjuk jalan , tentu ini bukan tempat nya dan ini bukan caranya .
    Jadi saya nasihatkan BNara to concentrate on what he knows best. He is good at what he does but should leave the preaching and the moralising to others. but bot on this blog.

    0

    0
  82. benci minah meroyan says:

    jadi tukang sapu kat kilang arak pon dah kire mkn duit haram..inikan pulak………(sambung sendiri)…k bye

    0

    0
  83. Pak Mat says:

    Xyah citer la halal ke haram.. biala dia dgn kerjayanya… akhirat nanti jawablah.. yg pentg kita da nasihat kan.. lepas da tggjwb kita

    0

    0
  84. ding dong dantes says:

    wah, dasat banget…agi idup agi ngelaban nih…nanti tanya lak, kenapa sekarang mesti ambil nyawa aku Tuhan? aku belum ready lagik nih…uwaaaaa….

    0

    0
  85. krik krik says:

    biarlah dia..dosa dia..dia yg tanggung..lagipun miss nina ni dah besar..dah boleh pikir kan..yg korang ckp2 pasal hukum tu buat apa..aku rasa miss nina tu tahu dah weyh..pelah korang ni..chill sudah..

    0

    0
  86. Anonymous says:

    artis macamni tak boleh pegi jauh. dulu ada artis tu cakap mak pak dia pun tak kisah dia nak pakai macam mana (sebab dia ditangkap pakai pakaian tak senonoh……. panjang lagi lah ceritanya). lepas tu terus nama dia malap sampai sekarang pun dah tak naik2

    0

    0
  87. ygadil says:

    Orang yang paling rugi ialah orang jahil dan sombong….
    biarlah dia…dengan cara hidup dia tu, terang-teranglah dia pilih nak masuk neraka….kecuali dia bertaubat….jadi kita ni x payahlah support artis yang dah teruk sangat aqidah nye…nauzubillah…..kesian kat dia n ibubapanya yang didik anak jadi macam ni…

    0

    0
  88. remot says:

    salam & bismillah

    kepada Miz NINA (MN), saya sgt terkejut dan mengucap bila MN persoalkan balik ” kenapa isu itu dipersoalkan sekarang’ dan terus fikiran saya menangkap, bagaimana ilmu agama dalam diri MN? maafkan saya.

    seharusnya MN tahu, walaupun tiada siapa yang persoalkan sebelum ini, MN harus tahu apa sahaja berkaitan dgn arak @ pekara yang dilarang Allah, jangan kita dekat. kerana kita tak tahu apa akan jadi. seperti isu MN, mungkin MN TIDAK SEDAR, dari mana nanti duit show yg MN terima? benarkah dari sipolan-sipolan ni? benarkah bukan dari syarikat arak itu? DARI WAS-WAS, KAN LEBIH BAIK MENGHINDAR TERUS.

    bukalah hati, rujuk balik apa yang haram & tidak, refer pada mereka yang beragama, mungkin mereka boleh membantu. kami2 ini cuma memberitahu, bukan menujuk baik @ alim MN. sekadar yang kami tahu, kami berkongsi. TERPULANG pada MN samaada mahu terima atau tidak. kena ingat apa kita makan/minum mengalir dalam darah kita. wallahualam.

    maafkan saya MN kalau menyinggung anda, tidak terniat. seikhlas saya cuba menegur dengan sebaik mungkin. terima kasih.

    0

    0
  89. Rina says:

    Alhamdulillah..Ning da Tarik diri..harap2 terbuka hati MN utk Tarik diri..

    0

    0
  90. min swiper says:

    lepas ni nak wat apa2 benda yg haram minta kebenaran ibu bapa, jika ibu bapa benarkan makna kata tiada masalah dari segi islam

    0

    0
  91. Warner says:

    Your current post has verified helpful to me personally. It’s
    extremely informative and you’re naturally extremely educated in this region. You have got opened up my own eye in order to numerous thoughts about this specific subject with interesting and sound written content.

    0

    0