Kak KM Tak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka – “Ada Sebab, Dah Jadi Kes Polis”

Kehidupan

Kak KM Tak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka – “Ada Sebab, Dah Jadi Kes Polis”

Usahawan sensasi, Liana Rosli mengakui tidak menjemput kakaknya, Rose Azlin Rosli atau Kak Nona ke majlis rumah terbukanya baru-baru ini.

Menurut Kak KM, keputusan itu dibuat susulan beberapa isu yang timbul sehingga dia memilih untuk tidak berpihak kepada kakaknya.

Advertisement

“Saya tak jemput, jangan tanya kenapa. Saya tak boleh nak cerita, cukup sekadar korang tahu saya tak jemput dia.”

“Hubungan dah baik tapi bila jadi isu ada hal berbangkit, saya tak sokong dia jadi saya tak nak jumpa dia,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Kak KM turut mendedahkan bahawa terdapat perkara serius yang melibatkan pihak berkuasa sehingga dia tidak dapat berkongsi butiran lanjut.

kak nona

“Ya, sebab anak dia duduk dengan kita masa itu. Sekarang dah tak duduk sebab dah ada rumah lain. Saya pun tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab benda ini dah melibatkan pihak polis.”

“Jadi tak tahu nak cakap apa lagi. Anak-anak tu kejap lagi sampai, memang Kak KM jemput sebab mereka memang dengan kita,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Kak KM menegaskan bahawa tiada sebarang alasan yang boleh menghalalkan perbuatan tidak bermoral, khususnya melibatkan golongan muda.

“Apa yang saya boleh cakap, tak kiralah anak buah ke anak sendiri, kau pakai skirt pendek ke, itu bukan alasan untuk buat sesuatu dekat anak tu. Tak boleh. Itu jenayah.”

“Bukan tiket untuk sesiapa buat apa-apa. Benda tu memang salah,” tegasnya.

Terdahulu, bekas suami kepada Kak Nona, Mazylan Edy Abdul Manap tampil membuat pendedahan mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa cabul oleh individu yang dipercayai rapat dengan keluarga mereka.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan kes berkenaan kini dalam siasatan. Malah, beliau turut mendakwa dua orang anaknya yang berusia 17 dan 21 tahun mengalami trauma serius akibat kejadian tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

UM
2026-04-16 11:18:53

Babak Persembahan Teater Berunsur 'Soft Porn', Universiti Malaya Mohon Maaf - "Astagfirullah, Melampau Sangat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...