Kajian Tentang Budaya ‘Work Life Balance’: Malaysia Di Tangga Ke-2 Paling Buruk Di Dunia

Gaya Hidup

Kajian Tentang Budaya ‘Work Life Balance’: Malaysia Di Tangga Ke-2 Paling Buruk Di Dunia

Kajian terbaru dijalankan Remote, syarikat perkhidmatan sumber manusia global tentang keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) mendedahkan Malaysia merupakan negara kedua terburuk di dunia dalam aspek tersebut.

Menurut laporan, Remote telah menjalankan kajian itu terhadap 60 buah negara dengan KDNK tertinggi di dunia.

Advertisement

kuala lumpur

Antara faktor berkaitan tempat kerja yang dianalisis dalam kajian ini adalah cuti tahunan berkanun ((jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum), bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap), cuti bersalin (jumlah minggu berbayar), Kadar bayaran cuti bersalin (% gaji), gaji minimum, status penjagaan kesihatan dan Skor indeks kebahagiaan.

Hasil kajian mendapati Malaysia berada di kedudukan kedua terakhir dan juga merupakan negara Asia yang paling teruk dalam indeks itu dengan skor hanya 27.51 daripada 100.

 

Taiwan paling tinggi di Asia

New Zealand berada di kedudukan pertama dan dinobatkan sebagai negara dengan ‘work life balance’ terbaik dengan skor sebanyak 79.35.

Sepanyol dan Perancis masing-masing di tempat kedua dan ketiga manakala Australia dan Denmark berjaya meraih tempat kelima teratas.

Sementara itu, jika di Asia pula Taiwan merupakan negara tertinggi dengan kedudukan di tempat ke-16 secara keseluruhan mengalahkan Singapura di tempat ke-19 dan Arab Saudi di tempat ke-27.

taiwan

 

Boleh buat penambahbaikan

Berdasarkan kajian itu, Malaysia mempunyai 19 hari cuti tahunan berkanun, 14 hari cuti bersalin berbayar, dan gaji minimum hanya USD1.07 sejam.

Remote turut berkata, sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dibiayai oleh kerajaan dan indeks kebahagiaan hanya 5.71 daripada 10. Selain itu, purata bekerja setiap minggu di Malaysia adalah 40.8 jam dan indeks LGBTQ+ pula mendapat markah 9 daripada 100.

jalan dang wangi

Dengan keputusan ini, jelas terbukti bahawa negara kita memerlukan penambaikan daripada segi keseimbangan hidup dan kerja. Tidak dinafikan rakyat Malaysia mempunyai kelebihan seperti sistem kesihatan tetapi antara satu perkara yang mungkin boleh ditambah baik adalah gaji minimum di negara ini.

kajian bekerja secara hybrid
4 weeks ago

Kajian: Pekerja Lebih Gembira, Sihat & Produktif Apabila Bekerja Secara ‘Hybrid’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : VOCKET

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...