Jo Ghazali Kutuk Kunafa ‘Makanan Sampah’, Respon Ojen Aiwah Curi Tumpuan – “Salam ‘Free Of Charge'”

Viral

Jo Ghazali Kutuk Kunafa ‘Makanan Sampah’, Respon Ojen Aiwah Curi Tumpuan – “Salam ‘Free Of Charge'”

Nama atlet Muay Thai negara, Jo Ghazali menjadi perhatian selepas tular satu video memaparkan dirinya mengkritik kunafa dan menyifatkan makanan itu sebagai “makanan sampah”.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana individu atau jenama.

Advertisement

Tidak lama kemudian, pengusaha Kunafa Aiwah, Ojen Aiwah memuat naik satu hantaran di Threads dengan meletakkan video Jo yang sedang mengkritik kunafa, selain berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa menunjukkan Jo pernah membuat pesanan kunafa miliknya.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan situasi tersebut.

Ada yang berseloroh mengatakan Jo mungkin hanya mengkritik kunafa secara umum, namun dalam masa sama pernah mencuba kunafa daripada jenama berkenaan.

Tidak kurang juga yang berpendapat isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana setiap individu berhak mempunyai pandangan masing-masing terhadap sesuatu makanan.

Setakat ini, perkongsian tersebut terus menjadi perhatian ramai di media sosial dan mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mossad
2026-05-21 15:23:28

“Kalau Kenal Mak Dia, Tolong Bagitahu Yang Anaknya...” – Muat Naik Foto Haroqs, Akaun Ejen Mossad Cetus Kemarahan Netizen Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram