Melalui satu akaun Twitter, seorang wanita mendakwa pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa menjalin hubungan dengan suaminya.
Pengguna Twitter itu mendakwa lelaki dalam gambar yang didakwa berkucupan dengan Fatin Afeefa ialah suaminya.
Wanita itu menulis Tweet sejak 26 Februari kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya tidur di rumah sewa pelakon itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dia mendakwa ada memberi mesej kepada Fatin untuk meninggalkan suaminya.
Wanita itu juga mendakwa masih isteri yang sah kepada lelaki yang bergambar dengan Fatin.
Wanita itu kemudian mendakwa Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dengan suaminya tetapi telah memungkiri janji.
Fatin Afeefa ialah bekas isteri pelakon Adam Shahz. Sebelum ini juga, Adam pernah membuat kenyataan bahawa Fatin telah membomohkannya untuk menyembunyikan kecurangan. Kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan.
Apa pun ini hanya dakwaan. Pasti Fatin ada penjelasan yang logik mengenai dakwaan pengguna Twitter ini. Bersama kita nantikan penjelasannya. – beautifulnara.com
Sumber: @HannaMa13333320