Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fatin Afeefa Nafi Gosip Dirinya Pelakon Janda Muat Naik Foto Cium Mulut Dengan Kekasih

Pelakon drama Red Velvet, Fatin Afeefa menepis dakwaan beliau adalah pelakon wanita berstatus janda yang dengan beraninya memuat naik foto sedang bercium mulut dengan kekasih di akaun Instagram seperti yang hangat diperkatakan oleh sebuah portal berita tempatan baru-baru ini.

Advertisement

Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram. Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.  Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!

Bukan itu sahaja, pelakon wanita tersebut juga dikatakan mengambil dadah jenis kokain dan sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya akibat ketagihannya itu. Perangai artis itu mula liar sejak beliau bercerai beberapa bulan yang lalu.

Fatin tidak menolak sebarang kemungkinan ada individu yang cuba untuk memfitnah dirinya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya segala cerita tidak benar ini terus disebarkan.

Advertisement

Pada masa yang sama, Fatin turut memberitahu beliau tidak terbabit dengan pengambilan dadah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Sebelum ini Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu. Hasil perkahwinan bersama Adam, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top