Penyanyi terkenal antarabangsa, Adele mengenang semula kisah perceraiannya dengan bekas suami, Simon Konecki pada 2019 lalu.
Adele atau nama lengkapnya Adele Laurie Blue Adkins berkata dia sebenarnya berasa sangat malu apabila berita perceraiannya dengan Konecki tersebar luas sehingga diketahui peminat serta rakan-rakan artis.
Sejak berkahwin dengan Konecki pada 2016, penyanyi lagu Easy On Me itu selalu berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik dan berikrar untuk bersama lelaki itu sehingga ke akhir hayatnya.
Saya sedih kerana tidak dapat mempertahankan perkahwinan ini yang akhirnya menemui kegagalan. Kini anak saya membesar tanpa sebuah keluarga yang lengkap.
Saya malu untuk mengaku bahawa saya telah bercerai. Saya gagal untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan bahawa Adele terpaksa berehat kerana perlu menjalani rawatan mental kesan daripada perceraiannya.
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.