Dapat Perhatian Artis Antarabangsa, Aina Abdul Teruja Cover Lagu ‘Easy On Me’ Dikongsi Adele Di IG

Hiburan

Dapat Perhatian Artis Antarabangsa, Aina Abdul Teruja Cover Lagu ‘Easy On Me’ Dikongsi Adele Di IG

Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul meluahkan rasa teruja apabila lagu ‘cover’ nyanyiannya yang berjudul Easy On Me telah mendapat perhatian penyanyi asal, Adele.

Aina Abdul
2 years ago

Fokus Jaga Badan Dan Ingin Langsing, Aina Abdul Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 7 kg

Advertisement

Difahamkan, lagu saduran Aina itu dikongsi Adele menerusi Instagram Story akaun Adele Access.

Ujar Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, perkongsian artis antarabangsa itu boleh dianggap sebagai pencapaian yang bermakna buat dirinya kerana Adele adalah merupakan salah seorang idolanya dalam dunia nyanyian.

Alhamdulillah, saya terkejut sangat sebabnya Adele Access kongsi ‘cover’ itu. Saya tahu banyak lagi ‘cover’ lain yang bagus. Tapi dimasukkan dalam salah satu daripada ‘cover’ yang mereka perasan, membuatkan saya sangat seronok.

Kongsi penyanyi lagu Sepi ini lagi, dia mendapat tahu mengenai perkara itu ketika sedang bersiap sedia untuk mengadakan konsert di Istana Budaya, tempoh hari.

Seronok sangat dan semoga pengendali akaun Adele Access dan Adele sendiri nampak video itu. Dan semoga mereka menyukai versi nyanyian saya.

Terdahulu, akaun Adele Access yang merupakan akaun rasmi penyanyi antarabangsa itu ada berkongsi beberapa buah video nyanyian ‘cover’ lagu Easy On Me yang merupakan salah satu lagu terbaru yang dihasilkan untuk album 30 nyanyian Adele.

Video yang dimuat naik Aina di media sosial Instagram miliknya sebelum ini telah berjaya meraih lebih 129,000 tontonan dan puluhan ribu tanda suka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...