Anak Alami Ruam Teruk Pada Badan, Meghan Trainor Rasa Gagal Jadi Ibu Yang Baik

Hiburan

Anak Alami Ruam Teruk Pada Badan, Meghan Trainor Rasa Gagal Jadi Ibu Yang Baik

Penyanyi popular luar negara, Meghan Trainor yang baru sahaja bergelar sebagai seorang ibu pada 8 Februari yang lalu mengakui bahawa dirinya gagal untuk menjadi ibu yang baik.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu All About That Bass itu, gara-gara kurangnya ilmu pengetahuan tentang cara-cara menguruskan bayi dengan betul, dia telah menjadi punca anak lelaki, Railey mengalami ruam teruk pada badan.

Advertisement

Difahamkan, kejadian berlaku selepas beliau membawa anaknya itu keluar bersiar-siar untuk menikmati suasana pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meghan Trainor (@meghan_trainor)

Kerana terlihat teruk dan bimbang, Trainor telah menghubungi doktor peribadinya dan bertanyakan punca tubuh anaknya itu ditumbuhi dengan bintik-bintik merah.

Kata doktor, anak saya mengalami ruam panas kerana tidak boleh terdedah pada pancaran cahaya matahari terlalu lama.

Dalam pada itu, dia turut berkata dirinya menyesali kerana membawa anak lelakinya itu keluar dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.

Ana Raffali
2 years ago

"Maaf, Saya Guru Bahasa Inggeris, Kena Biasakan Yang Betul" - Ana Raffali Tegur Pengguna Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...