Pelakon jelita Fathia Latiff sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai industri hiburan, isu semasa dan isu politik. Bagaimanapun, komentar yang dibuat oleh Fathia tidak mendapat sambutan baik dari Netizen, yang selalunya menghentam Fathia atas kenyataan berbentuk kontroversi itu.
Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa merasa terkejut kerana terlihat komen-komen yang dibuat Fathia di siaran langsung Instagram yang dibuat oleh Iqram Dinzly.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Netizen memberi reaksi negatif atas komen-komen Fathia:
@fatiyalatiff rasanya masa kantoi kau live sambil berkemban tu kau yg ptut bunuh diri dlu..
— Femme Fatale (@semaaaaaahh) January 16, 2018
fatiya ni contoh bimbo tahap kritikal ?
— Beatriz (@fatenggnadia) January 16, 2018
Ya Allah. Pasal apa boleh cakap macam tu.
What kind of a person is this?— M (@SpongeBobCatz) January 16, 2018
Sebelum ini, Fathia pernah membuat komen meminta polis membuat ujian urin untuk memastikan polis tidak khayal ketika kecoh Datuk Farid Kamil ditahan kerana menyerang anggota polis dan orang awam.
Ia adalah antara komen-komen berbaur provokatif dari Fathia setelah menerima kritikan ramai kerana menari dalam keadaan seksi dalam satu siaran Bigo Live beberapa bulan lepas.
Sebelum ini juga, penyanyi rap Caprice dalam satu video viral meminta agar semua pihak tidak memprovokasi Iqram kerana pelakon itu sebenarnya tidak sihat dan perlu rawatan pakar. – beautifulnara.com